Thursday, 23 January 2014

:: SEDIKIT CORETAN BERKENAAN WAKAF ::

Dan di sisi Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad : menahan barang wakaf dalam pemilikan Allah. Maka hilanglah pemilikan WAKIF tersebut ke atas barang wakaf tersebut[2]. Tetapi manfaat harta tersebut kembali kepada hamba (MAUQUF ALAIH). Maka akad tersebut menjadi akad yang lazim[3]. Harta wakaf tersebut tidak boleh dijual beli, tidak boleh dihadiahkan dan tidak boleh diwarisi. Berdasarkan dalil Rasulullah : kata Rasulullah kepada saiyidina Umar ketika saiyidina Umar hendak mewakafkan tanahnya di satu tempat bernama Samghon dengan nama baginda : " bersedekahlah dengan asalnya iaitu harta wakaf tersebut tidak boleh dijual beli, tidak boleh diwarisi dan tidak boleh dihadiahkan". Dan akad wakaf tersebut perlu menjadi akad yang lazim supaya ganjaran pahala yang diperolehi oleh wakif itu berterusan[4]. Dan untuk memenuhi atau merealisasikan pahala yang berterusan ini adalah dengan menggugurkan hak milik wakif dan menjadikannya hak milik Allah. ( dan dari sudut qias ) Syarak memberi perumpamaan terhadap masjid[5]. Bagi Imam Hanafi[6] yang berdalilkan dengan sabda Rasulullah " tidak ada halangan terhadap faraid Allah(harta pewarisan)"[7]. Dan daripada Imam Syuraih : telah datang Rasulullah dengan melakukan jual beli HABIS[8](kenapa Rasulullah melakukan sedemikian?) kerana hak pemilikan wakif masih berbaki lagi ke atas harta wakaf tersebut dengan berdalilkan wakif berhak untuk mengambil manfaat daripada harta yang telah diwakafkannya itu[9]. Dengan cara (walaupun wakif telah mewakafkan tanahnya) wakif boleh bercucuk tanam di atas tanah itu, boleh mendirikan rumah dan sebagainya[10]. Dan pemilikan harta wakaf tersebut masih menjadi milik wakif.

________________________________________________________________________________________

1 contohnya, dia mewakafkan tanah yang gersang. Kemudian dia bercucuk tanam sehinggalah mengeluarkan hasil yang banyak. Jadi daripada hasil tanaman itu, dia jual dan mendapat duit daripadanya.
2 kerana jika dia hendak memberi sesuatu yang mempunyai hasilnya, jika dia tidak melakukan apa2 terhadap harta wakaf tersebut, maka orang lain tidak akan memperoleh hasil daripada harta yang diwakafkannya itu. Jadi untuk memberi manfaat jepada orang lain, wakif kena memiliki harta wakaf tersebut secara berterusan. Jika tidak, orang akan mendapat sesuatu yang tidak boleh diusahakan(SAIBAH)

Kitab : Al-Hidayah
Pengarang : Al-Marghinani
Mazhab : Hanafi

Popular Posts

AKHUKUM FIL ISLAM

WAN MUHAMAD SYAHMI NAQIUDDIN ANAK KELAHIRAN KELANTAN MENETAP DI PERAK SULUNG DARI ADIK BERADIK

TAABE'

Follow up me