انني عبدالله
MAKNA SAH DAN BATAL
SAH : berturutan hukum syariah ke atas sesuatu perkara (solat yg sah mempunyai syarat dan rukunnya)
BATAL : tidak berturutan hukum2 syariah ke atas sesuatu perkara
SAH DAN BATAL DARI SUDUT HUKUM WADH3I
Sah tertakluk kepada harusnya syarak memberikan manusia mengambil manfaat terhadap sesuatu.Kalau tidak ada keharusan,maka ianya batal.Batal,syarak mengharamkan dalam mengambil manfaat terhadap sesuatu perkara.
BATAL DAN FASID (B&F)
B&F membawa maksud yang sam disisi jumhur.setiap ibadah yang dilakukan,urusniaga yang dijalankan dan akad,dikira sebagai batal atau fasid jika hanya mempunyai sebahagian rukun atau syarat.Dan tidak berturutan ke atasnya hukum syarak.
Berbeza dengan Imam Hanafi yang mengatakan bahawa :-
1 - [IBADAH] apabila gugur rukun daripada rukun2nya dan gugur syarat daripada syarat2nya : maka dikira sebagai batal atau fasid.Gugur rukun seperti solat tanpa ruku3,atau gugur syarat seperti solat tanpa wudhuk.Maka tidak terturut hukum syarak ke atas perkara2 yang batal atau fasid tadi.
2 - [MUAMALAT] akad ,urusniaga dan jualbeli : Jika gugur rukun,dikira sebagai batal.Jika sempurna rukun,tetapi gugur sebahagian syarat,maka ianya dikira sebagai fasid.Maka terturut ke atas hal itu sebahagian hukum sahaja.Nikah tanpa saksi,wajib disempurnakan mahar jika berlaku persetubuhan selepas pernikahan.Wajib 3iddah ke atas perempuan itu sekiranya diceraikan.
*4 MAZHAB IMAM
-IMAM HANAFI
-IMAM SYAFI3I
-IMAM HANBALI
-IMAM MALIKI
*bersambung
AKAL : INOVASI IBADAT ATAU INOVASI MUAMALAT
12 years ago
No comments:
Post a Comment