انني عبدالله
TAARIF HUKUM : Hukum Allah yang berkait dengan perbuatan mukallaf dalam bentuk tuntutan,pilihan
dan wadh3an.
Taarif ini menunujukkan bahawa terjadinya sesuatu hukum itu daripada Allah Yang Esa.Tiada hukum melainkan hukum yang ditentukan Allah,tiada syariat melainkan yang disyariatkan Allah.Berhukum dengan hukum selain daripada yang ditentukan Allah,dikira sebagai kafir,kerana tiada selain Allah yang berkuasa menerbitkan hukum [juga dikira sebagai fasiq dan zalim].
Ijmak menegaskan bahawa Allah merupakan penentu hukum,berbeza pandangan ulamak dalam beberapa perkara :
1 - Adakah huku Allah ini tidak diketahui melainkan dengan perantaraan Rasul?dan atas dasar apakah ia
diambil?
2 - Jika seseorang itu mampu berfikir hukum Allah dengan akalnya tanpa perantaraan Rasul,adakah ianya dikira sebagai pemikiran yang diterima daripada seorang mukallaf?
Antara pendapat2 ulamak :-
1 - [Mu'tazilah dan sebahagian Jaafariah] : Dalam perbuatan baik dan buruk,yang mana akal mampu meletakkan garis panduan mengenai perkara baik dan buruk,maka tidak memerlukan kepada perantaraan dan wahyu Rasul.
Ketika zaman sebelum diutuskan Rasulullah,manusia yang mukallaf,jika dia menganggap sesuatu itu baik dan dilakukannya,maka dikira sebagai pahala.Jika dia menganggap sesuatu itu buruk dan melakukannya,maka dikira sebagi dosa dan akan diseksa.
2 - [Asya'irah,diikuti Abi Hasan Ali B. Ismail & ulamak2 yg bersepakat,merupakan hukum jumhur usuliyyin]:
Akal tidak mampu memikirkan sesuatu hukum itu melainkan dengan perantaraan Rasul kerana tidak semua yang manusia fikirkan baik,diwajibkan oleh Allah dan tidak semua yang manusia fikirkan buruk dilarang Allah.Kehendak Allah adalah secara mutlak dan tidak terikat dengan mana2 unsur.Terserah kepada Allah.
Ketika zaman sebelum diutuskan Rasulullah,perbuatannya tidak dikaitkan dengan hukum Allah.Maka tidak wajib keatasnya sesuatu dan tidak haram ke atasnya sesuatu.
3 - [Abi Mansor Muhammad B Muhammad al-Maturidi,sebahagian Usuliyyin,sebahagian Jaafariah] : Tidak ada hukum pada perbuatan manusia sebelum pengutusan Rasul atau sebelum penyampaian dakwah,tiada hukum,tiada kewajipan.Tiada kewjipan,tiada dosa dan pahala.
Pendapat ketiga merupakan pendapat yang paling rojih.
*bersambung
AKAL : INOVASI IBADAT ATAU INOVASI MUAMALAT
10 years ago
No comments:
Post a Comment