Friday, 31 May 2013

:: AKU CINTA MASALAH ::

انني عبدالله

Pernah x kita tanya diri kita sendiri?

Kenapa ada yang hidup bahagia even dalam keadaan miskin tapi anak2 mereka jadi insan berjaya malah terpancar ketenangan di wajah mereka?

Kenapa pula ada yang hidup dalam keadaan mewah tetapi berada dalam keadaan gelisah, sedih, dan tertekan serta anak2 mereka menjadi sampah masyarakat?

Kenapa ada p[asangan suami isteri dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat?

Kenapa ada pasangan yang baru berkahwin, sudah bergaduh hingga bercerai-berai?

:: semua ini berpunca daripada cara kita mentafsir sesuatumasalah atau kejadian yang melanda kita.

Orang yang mempunyai jiwa yang positif akan mentafsir sesuatu masalah itu menjadi positif. Antara tafsiran yang positif :
1. Menganggap masalah itu suatu peluang
2. Guna akal untuk mengalisa
3. Celik akal
4. Berfikir sebelum bertindak dan memikirkan kesan supaya tidak kesal

Antara tafsiran yang negatif :
1. Menganggap masalah itu satu musibah dan bebanan kepada diri sendiri
2. Beremosi dan terganggu
3. Perasaan gelisah
4. Bertindak atas landasan nak melepaskan diri daripada masalah dan mengikut perasaan , tidak memikirkan akibat, asalkan hajat tercapai.

Wednesday, 1 May 2013

:: KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN PENYUSUANNYA ::

Saya mulakan dengan mengkhabarkan kepada pembaca mengenai nama junjungan nabi Muhammad yang mana kita mengaku sayang pada nabi. Akan tetapi berapa ramai yang mengetahui salasilah nama nabi kita?

Bermula dengan Baginda sendiri..

Muhammad bin Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Al-Mughirah bin Kushoi bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalif bin Fahrin bin Malik bin Nadir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Mu'ad bin Adnan.

Setakat itu sahajalah yang disepakati mengenai salasilah Baginda nabi Muhammad.

Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, yang mana pada tahun itu tentera bergajah Abrahah Al-Asyram telah melanggar masuk ke kota Mekah dalam merangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Ka'abah. Namun, kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Allah Ta'ala telah mengutuskan sekumpulan burung Ababil untuk menyerang dan memusnahkan tentera Abrahah yang angkuh.

Mengikut pendapat yang agak masyhur,Baginda dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 Rabi'ul Awal.

Lahirnya Baginda, bukan seperti anak2 hari ini, disambut oleh bapa, diperdengarkan azan pada telinga kanan, diperdengarkan iqomah pada telinga kiri. Baginda dilahirkan yatim tanpa bapa, Ayahanda Baginda wafat tika baginda berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya. Setelah selamat dilahirkan, Baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib yang kemudian disusukan oleh seorang wanita dari puak Sa'd Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Penyusuan ini mengikut adat resam bangsa Arab ketika itu. 

*bersambung i.Allah

Popular Posts

AKHUKUM FIL ISLAM

WAN MUHAMAD SYAHMI NAQIUDDIN ANAK KELAHIRAN KELANTAN MENETAP DI PERAK SULUNG DARI ADIK BERADIK

TAABE'

Follow up me