Bermula dengan Baginda sendiri..
Muhammad bin Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Al-Mughirah bin Kushoi bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalif bin Fahrin bin Malik bin Nadir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Mu'ad bin Adnan.
Setakat itu sahajalah yang disepakati mengenai salasilah Baginda nabi Muhammad.
Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, yang mana pada tahun itu tentera bergajah Abrahah Al-Asyram telah melanggar masuk ke kota Mekah dalam merangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Ka'abah. Namun, kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Allah Ta'ala telah mengutuskan sekumpulan burung Ababil untuk menyerang dan memusnahkan tentera Abrahah yang angkuh.
Mengikut pendapat yang agak masyhur,Baginda dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 Rabi'ul Awal.
Lahirnya Baginda, bukan seperti anak2 hari ini, disambut oleh bapa, diperdengarkan azan pada telinga kanan, diperdengarkan iqomah pada telinga kiri. Baginda dilahirkan yatim tanpa bapa, Ayahanda Baginda wafat tika baginda berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya. Setelah selamat dilahirkan, Baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib yang kemudian disusukan oleh seorang wanita dari puak Sa'd Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Penyusuan ini mengikut adat resam bangsa Arab ketika itu.
*bersambung i.Allah
No comments:
Post a Comment