Thursday, 27 June 2013

:: AYAT QURAN PENYEMBUH CANCER ::

انني عبدالله

Antara ayat2 yang boleh diamalkan untuk 'pelanggan' cancer (na'uzubillah T.T )

1. Surah Al- Fatihah
2. Surah Al- Baqarah,ayat 1 - 5,ayat 163 - 165, ayat  255 - 257, ayat  285 - 286
3. Surah Ali Imran, ayat  1 - 5, ayat 18, ayat  26 - 27
4. Surah Al- A'raf ayat 54 - 56, ayat 117 - 119
5. Surah Yunus ayat 80 - 81
6. Surah Taha ayat 65 - 69
7. Surah Al-Mukminun ayat 115 - 118
8. Surah As-Saffaat ayat 1 - 15
9. Surah Ar-Rahmaan ayat 31 - 34
10. Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24
11. Surah Al-Mulk ayat 3 - 4
12. Surah Al-Qalam ayat 3 - 4
13. Surah Al-Jin ayat 3
14. Surah Al-Kaafiruun
15. Surah Al-Falaq
16. Surah An-Nas

*sedutan dari UAI =)

Saturday, 8 June 2013

:: AHKAM WAQOF(KITAB AL-WAQAF) ::

انني عبدالله

Telah berkata Imam Hanafi : (TIDAK AKAN HILANG PEMILIKAN WAKIF DARIPADA HARTA WAKAF MELAINKAN APABILA DIHUKUMKAN OLEH HAKIM/QADI[1] ATAU DIKAITKAN DENGAN KEMATIANNYA DENGAN BERKATA : “APABILA AKU MATI, AKU WAKAFKAN RUMAH INI KEATAS INI)[2] 
Dan telah berkata Imam Abu Yusuf : (HILANG PEMILIKAN WAKIF TERHADAP HARTA WAKAF DENGAN KATA2 WAKIF ITU(IJAB)[3]. 
Dan telah berkata Imam Muhammad : TIDAK AKAN HILANG HAK PEMILIKAN WAKIF TERHADAP HARTA WAKAFNYA SEHINGGALAH WAKIF MENYERAHKAN HARTA TERSEBUT[4])
            Telah berkata Pengarang kitab : Wakaf dari sudut bahasa membawa maksud menahan/menegah. Seperti berkata: “Aku mewakafkan binatang ini”. Atau menggunakan lafaz ‘AWQOFTUHA’(aku mewakafkannya) membawa maksud yang sama. Dan wakaf dari sudut syara’(istilah) di sisi Imam Abu Hanifah: “Menahan harta wakaf dalam pemilikan WAKIF dan diberikan manfaat kepada MAUQUF ‘ALAIH”. Maka samalah seperti pinjaman[5]. Kemudian, dikatakan(pendapat yang dhoif) : Manfaat itu adalah perkara yang tidak wujud(tidak dapat dirasai dengan pancaindera). Oleh kerana manfaat itu adalah perkara atau benda yang tidak wujud,maka memberi dengan benda yang tidak wujud adalah tidak sah. Maka,menurut pendapat yang dhoif ini,pendapat Imam Hanafi adalah tidak sah[6]. Dan pendapat yang rojih(kuat) : Wakaf itu dibolehkan di sisi Imam Hanafi tetapi ia adalah aqad yang GHOIR LAZIM[7] seperti pinjaman[8]



[1] Contohnya apabila hakim berkata : “Sekiranya kamu mewakafkan barang ini, harta ini bukan lagi milikmu”.
   Apabila hakim kata begitu, maka jatuhlah hokum wakaf (hak pemilikan) WAKIF tersebut kepada MAUQUF ‘ALAIH. Selagi mana harta wakaf itu tidak dihukumkan oleh hakim, maka barang itu masih menjadi milik WAKIF tersebut walaupun WAKIF tersebut telah mewakafkan barang itu kepada MAUQUF ‘ALAIH.
[2]Apabila WAKIF berkata : Apabila aku mati,rumah ini aku wakafkan kepada kamu”. Maka,harta WAKAF berpindah pemilikan apabila sah kematian WAKIF. Bermakna,jika WAKIF mewakafkan harta,ia belum dimiliki oleh MAUQUF ‘ALAIH sehingga WAKIF benar2 telah mati.
[3] Contohnya : Aku wakafkan rumah ini kepada kamu”. Maka waktu itu juga telah hilang pemilikan WAKIF keatas harta tersebut. Dan hak pemilikan tersebut menjadi hak milik MAUQUF ‘ALAIH tanpa menunggu keputusan daripada hakim/selepas kematian WAKIF.
[4] Apabila WAKIF telah TASLIM/MAUQUF ‘ALAIH telah QABAD, maka WAKIF telah memberi wilayah(pemilikan) harta tersebut kepada MAUQUF ‘ALAIH.
[5]Which is,kita memberi manfaat sesuatu barang tu kepada orang lain,tapi barang tu masih milik kita.(just benefit)
[6]Pendapat yang dhoif ini berkata bahawa pendapat Imam Hanafi(memberi manfaat kepada MAUQUF ‘ALAIH) adalah tidak boleh.Memberi manfaat disisi Imam Hanafi adalah benda yang tiada. Maka,memberi dengan benda yang tiada adalah tidak boleh.
[7]Iaitu aqad yang boleh dirujuk balik. Iaitu WAKIF boleh menarik balik harta yang telah diberikan kepada MAUQUF ‘ALAIH.
[8] Iaitu apabila kita memberi pinjam kepada orang, kita boleh mintak balik sebab barang tersebut milik kita.

Popular Posts

AKHUKUM FIL ISLAM

WAN MUHAMAD SYAHMI NAQIUDDIN ANAK KELAHIRAN KELANTAN MENETAP DI PERAK SULUNG DARI ADIK BERADIK

TAABE'

Follow up me