Kenapa perlu meminta daripada manusia..?kenapa perlu mengharapkan pemberian dari insan biasa..?kenapa masih bergantung harap pada yang tidak punya kuasa..?kenapa meraih simpati pada yang tidak mampu membuat apa-apa...?
kembali pada penciptaan,mengenal sebenar-benar hakikat penciptaan manusia yang diciptakan,menghayati sebab musabab dilahirkan ke dunia bagi mengenal tuhan,mengagumi kebesaran tuhan yang tiada tolok bandingan,
Ingin saya akidkan,sesungguhnya manusia mempunyai naluri yang memerlukan sesuatu atau kuasa yang dapat memberi pertolongan kepadanya dalam masa kesuntukan dan kesempitan.
Lumrah pada diri manusia mempunyai rasa berharap pada satu kuasa yang tiada bandingannya.
Akan tetapi,pencarian itu tidak akan kita temui selagi tidak berjumpa.
Beruntungnya umat Islam,apabila lahir sahaja,sudah menganuti agama islam,sudah mempunyai pegangan bahawa ALLAH lah yang menciptakan insan dan sekaliannya.
Adakah rugi bagi non-muslim?pada pendapat saya,tidak rugi.Kerana setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.Jadi,apa tugas seorang da'ie terhadap mereka yang masih buntu dalam pencarian?
Bangkitlah wahai pendakwah islam,malu kita terhadap pendakyah2 yang kian rakus berdakyah.
Mana perginya lepasan pendakwah dari UK?MESIR?JORDAN?SYRIA?PAKISTAN?INDONESIA?dan sekalian tempat. Adakah perginya kita menuntut ilmu sejauh alam hanya sekadar menuntut ilmu dan membukukan tanpa dihujahkan?Apakah tertakluk pada yang menuntut ilmu agama sahaja?Dimanakah peranan masing2 sebagai ketua pada diri sendiri?
Apa hak kita dalam tidak mengembangkan ilmu yang ALLAH anugerahkan.
Saya cukup kecewa dengan umat Islam yang hebat2 kurang memberi penekanan terhadap isu umat Islam sendiri,mundur melangkah tanpa kata sepatah.Mana perginya kalian terhadap umat yang inginkan kebenaran?Saya tidaklah sehebat kalian.Hanya mampu memperjuangkan yang termampu.Saya yakin,satu hari nanti kalian akan bangkit memperjuangkan agama yang tercinta.
No comments:
Post a Comment