Ingin sy kongsikan bersama kalian,rezeki itu milik Allah.Semua orang tahu.Tapi x smua yg meyakini.Kenapa sy katakan begitu?kerana yakin dan percaya itu kalimah yang membawa maksud yang berbeda.
Suka sy kaitkan dengan bahtera perkahwinan.sebab kebanyakan masyarakat hari ini tidak yakin dengan apa yang ditentukan dan dijanjikan oleh pencipta.sejauh mana kehebatan kita nak kata hidup seseorang akan susah apabila membina masjid bersama dengan orang yang tiada pekerjaan?Apakah kita lebih arif dalam menetapkan rezeki seseorang?sebab ape hal ini berlaku?sebab kurangnya percaya kita pada yang menentukan segalanya.
Suka untuk saya kongsikan sebuah kisah.Di mana terdapat seorang yang mahir memanah.Lalu dia membuat pertunjukan di hadapan khalayak ramai.Panahannya tepat mengenai sasaran walau bagaimana sukar pun halangan yang diberikan.Ada yang meletakkan sebiji epal di atas meja lalu disasarkan pada epal tersebut pada jarak jauh,tepat mengenai sasarannya.Lalu ditanya,"kalian percaya atau tidak yang aku mampu memanah epal tepat diatas kepala orang tanpa mengenai orang tersebut?"..semua menjawab percaya secara serentak.Lalu dia meminta salah seorang dari hadirin untuk tampil menjadi bahan tontonan.Akan tetapi tiada seorang pun yang berani tampil.kerana apa?kerana tidak yakin dengan kebolehan pemanah tersebut.
Begitu juga dengan kita kepada ALLAH.berapa ramai yang percaya tetapi tidak yakin?Kalau kita lihat ahli sufi terdahulu kini dan selamanya,ahli 'abid dulu kini dan selamanya,mereka meyakini kewujudan ALLAH 100%..berbanding kita,hanya percaya tetapi kurang keyakinan.kita boleh lihat seseorang itu yakin dengan ALLAH apabila perlakuannya tidak memerlukan bntuan orang lain.
''وكفى بلله وكيلا" "وكفى بلله شهيدا"
dengan memegang kata2 ini,'abid,ulama dan ahli sufi mampu berdiri tanpa mengharap bantuan daripada sesiapa melainkan ALLAH YANG ESA.
Yakinlah dengan setiap ketentuan Ilahi,sentiasa meminta padanya,belajar mengenal erti susah payah,dekatkan hati padaNYA.
Suka saya ingatkan pada diri saya dan rakan2,rezeki ALLAH itu pasti.sedangkan cacing dalam tanah pun ALLAH bagi rezeki,inikan manusia,sebaik2 makhluk ciptaan ALLAH.semulia2 makhluk yang mempunyai aqal dan nafsu,yang mana ibadah manusia lebih bererti disisi ILAHI berbanding amalan para malaikat.
Tapi disebabkan keegoan kita,merasakan kitalah yang menentukan segalanya,merasakan kitalah yang mampu mengubah,mengatur segala2nya,mengaku itulah yang terbaik untuk anak2 kita,untuk rakan2 kita,merasakan perancangan kita adalah yang terbaik.kita lupa ungkapan ALLAH yang berbunyi..
"ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين"
kita merancang,ALLAH merancang,tapi ALLAH lah sebaik2 perancang..
WALLAHU A'LAM
No comments:
Post a Comment