Thursday, 28 November 2013

:: TAK PERLU BELAJAR JAUH2, DI MALAYSIA MASIH BOLEH BELAJAR ::


Pernah satu ketika aku disapa seorang pakcik. Beliau tanya pada sy, sekarang buat apa. Sedang belajar jawabku. Dimana? Jauh dimata, dekat di hati para sahabat. Lalu pakcik merenungku tajam. Aku sedikit tertawa, Jordan pakcik. Aku senyum padanya. Dia kembali tenang. Ambil kos apa? Syariah pakcik.

Beberapa ketika, satu soalan yg takkan ku lupakan sampai bila2 muncul dari mulutnya. Bukan sahaja soalannya pahit, huraiannya juga hangit. Kenapa belajar agama kat Jordan? Sedangkan sekarang uni kita dah banyak buka peluang untuk pelajar2 melanjutkan pelajaran ke universitas. X perlu la pg luar negara lagi. Buang duit je.

Aku terdiam seketika menenangkan jiwa. اللهم صلي على سيدنا محمد،،

Sedikit cerita ku reka buatnya agar lebih memahami kenapa aku dan mahasiswa lain terhegeh2 ke luar negara menuntut ilmu agama.

  Situasi yg ku kaitkan dengan kereta. Ye, kereta. Kalau kita lihat pada kereta buatan malaysia dan kereta buatan luar negara, sudah pasti banyak sekali perbedaannya.

  Belajar di dalam negara ibarat membeli kereta buatan malaysia. ( bukan menghina apalagi memperkecilkannya ). Sebagai contoh perodua alza dan toyota avanza. Masing2 MPV. Punya cermin depan, belakang dan juga sisi. Kuat utuh di patri besi. Namun ada kelemahan dan kekurangan tersendiri. 

Jika dilihat pada nilai harga, semestinya toyota avanza lebih mahal dari perodua alza. Meski mahal, tapi diperakui kualitinya. Bagaimana kalau diterjemahkan kepada situasi sy dan rakan2 yg berlumba2 melanjutkan pelajaran ke luar negara, meski yuran pengajian mahal, meski kami menghadapi kesukaran serta rintangan, tapi kami ada tempat yg punya keberkatan. " kalian belajar di sini, tapak sahabat2 nabi berjuang, xmustahil ketika kalian berjalan akan terpijak tapak kaki sahabat2 nabi " - sheikh zainol asri ketika bermusafir ke jordan. Jelas di situ. Bagaimana dengan malaysia? Bukan memperkecilkan malaysia, tapi lebih memilih bumi ini untuk melanjutkan pelajaran :)



 Suka saya katakan, sepanjang keberadaan saya di sini lebih membuka minda agar tidak taksub dan cenderung terhadap sesuatu perkara.


#hakikatnya, nak seribu daya, x nak seribu dalih

:: Bahas suka suki dr syuwesh " فليكتب كما علمه الله " ::





Dr suruh buat pasal ni secara tiba2. Yang mana intabeh je akan buat n.n
Nak kata bahas pun bukan jugak. Tapi lebih kurang like that la. Hee

 
Kalau x silap, sape yang buat, dr kata nak bagi 10 markah. Tapi x pasti pulak dr ingat ke x apa yg dia cakap T.T
Harapnya ingat la. Dapat 10 markah ^^


Ameen :)


Friday, 1 November 2013

:: المَسْحُ على الخُفَّيْن ::

"Sapuan ke atas khuf" "المسح على الخفين"






Rujukan kitab hidayah ( syarah bidayah mubtadi ) - al-marghinani

Clear link : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=686966841328596&set=pb.100000458585598.-2207520000.1383807509.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-frc3%2F1398179_686966841328596_422361746_o.jpg&smallsrc=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn2%2F1459788_686966841328596_422361746_n.jpg&size=2048%2C938

Saturday, 12 October 2013

:: SINDIKET ROSAK KERETA ::

         

     Pernah satu ketika, dalam perjalanan ke perak, ikut highway (sebab nak cepat sampai.hihi), aku dan adik beradik satu kete, pakcik dgn makcik aku satu kete kami berhenti kat RnR Tapah.

Nak dijadikn cerite, lepas je berhenti kat RnR Tapah, kete yg pakcik aku bawak, berhenti tibe2. Aku pulak x perasan pakcik aku dah tertinggal kat blakang.huahuahua.. Nasib sempat masuk ke bahu jalan. Mane tak nye. Kalau benti tengah2 jalan, mau kene langgor yop.. Elok je berhenti tepi highway, ade pulak lori penunda kat belkang kete pakcik aku. Haish.. Cepat betul berite sampai. Padahal xde pun call ke panggil sape2 mai datang tengok. Musykil2. Geram pun ade. Sape yg tau situasi, mesti geram dah.. Arrrggghhhh..

( sabo.... Sabo.... Sabo...) T.T

Lepas je lori tu berenti kat blakang kete pakcik aku, dorang turun, jumpe gn pakcik aku, siap tunjuk surat lagi tu, konon bukti dorang ni under PLUS.. Dorang kate nak bawak ke plaza tol yg terdekat. Tanpa bayaran. Nak taknak, pakcik aku agree jela nak bawak kete naik atas lori penunda tu. Dah free, sape xmau.hehehe. Kebetulan pulak aku baru nak patah balik. Xsempat nak kata apa la kat pakcik aku.

 Elok je naik lori tu, Ambik hg, rosak kat tanjung malim, boleh dia p patah balik ke plaza tol tapah. Jenuh aku patah balik. Dasar penipu sungguh. Sampai plaza tol tapah, dah ready dah tu member dorang. Lori penunda jugak. Buat gaya sama, konon under PLUS. Katenye PLUS x boleh buat. Memang la PLUS x boleh buat sebab PLUS bukan keje baiki kete. 

Dorang bawak kete pakcik aku skali gn pakcik makcik aku pergi tempat laen pulak. Tau p mana? Patah balik p bukit beruntung. Katanya ada workshop paling dekat. Huh!!! Aku yg xsampai lagi kat tapah boleh dia kata nak p bukit beruntung pulak. Geram3..! 

Bila pakcik aku sampai bukit beruntung, dia call aku cakap kat tempat sekian3. Aku follow instruction, tapi pakcik aku pun xberapa kenal tempat.kuang3.. Tempat baru, mane nak kenal.hahaha, memang xjumpa la.. Bila cakap dgn tuan kedai sendiri, baru tau kat mana. Jauh gile nak masuk ke dalam habaq hg.. Mane datang w.shop kat ceruk bukit beruntung tu ntah la.. Yg peliknye, punye la banyak workshop kat tepi jalan mase ak otw datang ke workshop dorang, dalam tu jugak yg dorang hantar kete pakcik aku.

Bile sampai je, tengok2 dorang dah bukak habis enjin kete pakcik aku. Huh!! Katenye, bocor.. Air habis semua keluar. Kete padam sebab air kering. Bro tu cite la kat pakcik aku. Aku tumpang telinge la dengar. ( bagi aku, kering tu tetap kering. Tapi puncanya?? )

Nak dipendekkan cite, overall habis kat workshop dia dalam 2.3K.. Dorang suruh tinggal kete n datang lepas 3 hari. 

Time aku datang dengan pakcik aku untuk ambik balik kete pakcik aku, kebetulan Allah pertemukan dengan pelanggan dorang jugak. Bila aku sembang, katenye, masalah yang same. Huh!! Menyirap beb! Tapi xpelah pakcik aku sbggup bayar n percaya. Huahuahua. Moga apa yg dorang buat, kalau memang dorang cari makan dengan cara ni, moga cepat2 la bertaubat.

Aku sertakan sekali gambar workshop dorang. Hati2 la kalau lalu lebuhraya utara-selatan.

bocorkan tangki sekejap je. Bila dah bocor, tunggu kete panas n stop. Lepas tu mula la keje :)











Wednesday, 17 July 2013

:: SAYANG AYAH PADA ANAK TIDAK PERNAH TERBALAS ::

انني عبدالله


Ayahku mendoakan aku hidup, tetapi aku mendoanya mati

Suatu hari Saidina Umar berjalan memasuki sabuah perkampungan, dari jauh ia melihat seorang lelaki sedang menggendong seseorang tua di belakangnya, sekejap ia duduk, sekejap berlari-lari anak, sekejap ia bermain-main mengeliling lelaki tua itu, sekejap ia berhenti menyuapkan makan ke mulut lelaki itu. 

Melihatkan hal itu Saidina Umar menghampiri lelaki tersebut lalu Saidina Umar memujinya kerana sangat memuliakan lelaki tua itu. 

Kata lelaki itu: 
"Dia ni ayah ku. Usianya telah lanjut, bila aku jauh darinya dia menangis memanggil-manggil aku, sekejap dia minta aku suapkan makanan, lalu aku menyuapnya, kamudian dia minta aku mendukungnya, lalu aku mendukungnya. Dia telah nyanyuk ya Umar.” 

Lalu Saidina Umar memuji anak tersebut dengan menyatakan: 
"Kamu seorang anak yang soleh, kamu telah memuliakan ayah kamu sebegini rupa.” 

Lalu jawab lelaki tersebut: 
"Jangan kamu kata begitu ya Umar, Aku baru menyuapkan makanan ke mulutnya baru seminggu dua ya Umar, sedangkan ayahku dahulu menyuapkan makanan ke mulutku dua tahun ya Umar. Begitu juga aku baharu menggendongnya dua tiga minggu ini, sedangkan ayahku dahulu menggendongku  bertahun ya Umar. Bahkan sewaktu aku kecil ayahku sentiasa menginginkan aku hidup dan sihat, sedangkan terselit di dalam hatiku menginginkan agar ayahku mati ya Umar.” 

Marilah kita renungi kisah ini sebagai tauladan di bulan Ramadhan ini. 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, menyatakan:
"Suatu hari Rasulullah s.a.w menaiki mimbar, setelah Baginda menaiki tangga mimbar pertama, baginda berkata Amin, Baginda melangkah tangga kedua, Baginda berkata Amin, Baginda melangkah tangga ke tiga Baginda berkata amin. 

Setelah siap khutbah, lalu sahabat bertanya, kami mendengar kamu berkata amin pada setiap tangga mimbar tadi, kenapa ya Rasulullah, lalu sabda Baginda, Jibril telah datang kepadaku, apabila aku menaiki tangga pertama aku dengar Jibril berdoa, “Rugi dan binasalah sesiapa yang mendengar nama kamu disebut, tetapi mereka tidak berselawat ke atas kamu,” lalu aku berkata Amin. 

Bila aku melangkah tangga kedua, Jibril berkata, "Rugi dan binasalah sesiapa mendapati ibubapanya telah tua, ia tidak memuliakannya sehingga Allah humbankannya ke neraka,” lalu aku berkata Amin. 

Bila aku melangkah tangga mimbar ketiga, Jibril berkata "Rugi dan binasalah sesiapa yang hidup dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampuni dosanya.”

Bayangkan yang mendoakan adalah Malaikat Jibril, dan yang mengaminkannya adalah Rasulullah. 

Marilah kita melihat sejauh mana kita yang masih mempunyai ayah ibu meluangkan masa untuk menggembirakannya di saat-saat usia mereka berada di penghujung ini. 

Apakah kita tidak punyai sedikit masa untuk pulang berbuka bersama ayah ibu, sedang saat kita masih kecil, kita tentu ingat bagaimana susah payah ibu menyediakan makanan kegemaran kita untuk berbuka? 

Saya masih ingat seorang ibu tua menyiapkan makanan untuk juadah berbuka, bilamana mendengar azan, tiba-tiba ibu ini menyuapkan sedikit makanan, lalu ia tercekik, tidak mampu menelannya. 

Bila ditanya, kenapa? Ibu itu menjawab ia teringatkan anaknya, kerana kuih yang disediakan untuk berbuka adalah kuih yang paling anaknya sukai. Dia menjangka anaknya pulang petang itu untuk berbuka bersama, namun ia hampa. 

Anaknya tidak pulang sebagaimana dijanjikan. "Mungkin ada urusan,” keluhnya dengan hampa. Bagaimana kalau anda berada di posisi ibu itu? 

Buatlah sesuatu bagi memuliakan mereka pada bulan yang diberkati ini. Ingatlah, kalau anda sayangi ayah ibu tunjukkan agar mereka menikmati kasih sayang anda. 

Jangan lupa, senyumlah, kerana anda adalah anak soleh. InsyaAllah.

:: GRED POINTER DI JORDAN ::


انني عبدالله
76-100 [ A ] = 4.0 (cemerlang)
72-75 [A-] = 3.7 (cemerlang)
68-71 [B+] = 3.3 (kepujian)
64-67 [ B ] = 3.0 (kepujian)
60-63 [ B-] = 2.7 (kepujian)
55-59 [C+] =2.3 (lulus)
50-54 [ C ] =2.0 (lulus)
45-49 [C-] =1.7 (lulus pinggiran)
40-44 [D+] =1.5 (lulus pinggiran)
35-39 [ D ] =1.0 (lulus pinggiran)

23/1/14 last updated


Thursday, 27 June 2013

:: AYAT QURAN PENYEMBUH CANCER ::

انني عبدالله

Antara ayat2 yang boleh diamalkan untuk 'pelanggan' cancer (na'uzubillah T.T )

1. Surah Al- Fatihah
2. Surah Al- Baqarah,ayat 1 - 5,ayat 163 - 165, ayat  255 - 257, ayat  285 - 286
3. Surah Ali Imran, ayat  1 - 5, ayat 18, ayat  26 - 27
4. Surah Al- A'raf ayat 54 - 56, ayat 117 - 119
5. Surah Yunus ayat 80 - 81
6. Surah Taha ayat 65 - 69
7. Surah Al-Mukminun ayat 115 - 118
8. Surah As-Saffaat ayat 1 - 15
9. Surah Ar-Rahmaan ayat 31 - 34
10. Surah Al-Hasyr ayat 21 - 24
11. Surah Al-Mulk ayat 3 - 4
12. Surah Al-Qalam ayat 3 - 4
13. Surah Al-Jin ayat 3
14. Surah Al-Kaafiruun
15. Surah Al-Falaq
16. Surah An-Nas

*sedutan dari UAI =)

Saturday, 8 June 2013

:: AHKAM WAQOF(KITAB AL-WAQAF) ::

انني عبدالله

Telah berkata Imam Hanafi : (TIDAK AKAN HILANG PEMILIKAN WAKIF DARIPADA HARTA WAKAF MELAINKAN APABILA DIHUKUMKAN OLEH HAKIM/QADI[1] ATAU DIKAITKAN DENGAN KEMATIANNYA DENGAN BERKATA : “APABILA AKU MATI, AKU WAKAFKAN RUMAH INI KEATAS INI)[2] 
Dan telah berkata Imam Abu Yusuf : (HILANG PEMILIKAN WAKIF TERHADAP HARTA WAKAF DENGAN KATA2 WAKIF ITU(IJAB)[3]. 
Dan telah berkata Imam Muhammad : TIDAK AKAN HILANG HAK PEMILIKAN WAKIF TERHADAP HARTA WAKAFNYA SEHINGGALAH WAKIF MENYERAHKAN HARTA TERSEBUT[4])
            Telah berkata Pengarang kitab : Wakaf dari sudut bahasa membawa maksud menahan/menegah. Seperti berkata: “Aku mewakafkan binatang ini”. Atau menggunakan lafaz ‘AWQOFTUHA’(aku mewakafkannya) membawa maksud yang sama. Dan wakaf dari sudut syara’(istilah) di sisi Imam Abu Hanifah: “Menahan harta wakaf dalam pemilikan WAKIF dan diberikan manfaat kepada MAUQUF ‘ALAIH”. Maka samalah seperti pinjaman[5]. Kemudian, dikatakan(pendapat yang dhoif) : Manfaat itu adalah perkara yang tidak wujud(tidak dapat dirasai dengan pancaindera). Oleh kerana manfaat itu adalah perkara atau benda yang tidak wujud,maka memberi dengan benda yang tidak wujud adalah tidak sah. Maka,menurut pendapat yang dhoif ini,pendapat Imam Hanafi adalah tidak sah[6]. Dan pendapat yang rojih(kuat) : Wakaf itu dibolehkan di sisi Imam Hanafi tetapi ia adalah aqad yang GHOIR LAZIM[7] seperti pinjaman[8]



[1] Contohnya apabila hakim berkata : “Sekiranya kamu mewakafkan barang ini, harta ini bukan lagi milikmu”.
   Apabila hakim kata begitu, maka jatuhlah hokum wakaf (hak pemilikan) WAKIF tersebut kepada MAUQUF ‘ALAIH. Selagi mana harta wakaf itu tidak dihukumkan oleh hakim, maka barang itu masih menjadi milik WAKIF tersebut walaupun WAKIF tersebut telah mewakafkan barang itu kepada MAUQUF ‘ALAIH.
[2]Apabila WAKIF berkata : Apabila aku mati,rumah ini aku wakafkan kepada kamu”. Maka,harta WAKAF berpindah pemilikan apabila sah kematian WAKIF. Bermakna,jika WAKIF mewakafkan harta,ia belum dimiliki oleh MAUQUF ‘ALAIH sehingga WAKIF benar2 telah mati.
[3] Contohnya : Aku wakafkan rumah ini kepada kamu”. Maka waktu itu juga telah hilang pemilikan WAKIF keatas harta tersebut. Dan hak pemilikan tersebut menjadi hak milik MAUQUF ‘ALAIH tanpa menunggu keputusan daripada hakim/selepas kematian WAKIF.
[4] Apabila WAKIF telah TASLIM/MAUQUF ‘ALAIH telah QABAD, maka WAKIF telah memberi wilayah(pemilikan) harta tersebut kepada MAUQUF ‘ALAIH.
[5]Which is,kita memberi manfaat sesuatu barang tu kepada orang lain,tapi barang tu masih milik kita.(just benefit)
[6]Pendapat yang dhoif ini berkata bahawa pendapat Imam Hanafi(memberi manfaat kepada MAUQUF ‘ALAIH) adalah tidak boleh.Memberi manfaat disisi Imam Hanafi adalah benda yang tiada. Maka,memberi dengan benda yang tiada adalah tidak boleh.
[7]Iaitu aqad yang boleh dirujuk balik. Iaitu WAKIF boleh menarik balik harta yang telah diberikan kepada MAUQUF ‘ALAIH.
[8] Iaitu apabila kita memberi pinjam kepada orang, kita boleh mintak balik sebab barang tersebut milik kita.

Friday, 31 May 2013

:: AKU CINTA MASALAH ::

انني عبدالله

Pernah x kita tanya diri kita sendiri?

Kenapa ada yang hidup bahagia even dalam keadaan miskin tapi anak2 mereka jadi insan berjaya malah terpancar ketenangan di wajah mereka?

Kenapa pula ada yang hidup dalam keadaan mewah tetapi berada dalam keadaan gelisah, sedih, dan tertekan serta anak2 mereka menjadi sampah masyarakat?

Kenapa ada p[asangan suami isteri dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat?

Kenapa ada pasangan yang baru berkahwin, sudah bergaduh hingga bercerai-berai?

:: semua ini berpunca daripada cara kita mentafsir sesuatumasalah atau kejadian yang melanda kita.

Orang yang mempunyai jiwa yang positif akan mentafsir sesuatu masalah itu menjadi positif. Antara tafsiran yang positif :
1. Menganggap masalah itu suatu peluang
2. Guna akal untuk mengalisa
3. Celik akal
4. Berfikir sebelum bertindak dan memikirkan kesan supaya tidak kesal

Antara tafsiran yang negatif :
1. Menganggap masalah itu satu musibah dan bebanan kepada diri sendiri
2. Beremosi dan terganggu
3. Perasaan gelisah
4. Bertindak atas landasan nak melepaskan diri daripada masalah dan mengikut perasaan , tidak memikirkan akibat, asalkan hajat tercapai.

Wednesday, 1 May 2013

:: KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN PENYUSUANNYA ::

Saya mulakan dengan mengkhabarkan kepada pembaca mengenai nama junjungan nabi Muhammad yang mana kita mengaku sayang pada nabi. Akan tetapi berapa ramai yang mengetahui salasilah nama nabi kita?

Bermula dengan Baginda sendiri..

Muhammad bin Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Al-Mughirah bin Kushoi bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalif bin Fahrin bin Malik bin Nadir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Mu'ad bin Adnan.

Setakat itu sahajalah yang disepakati mengenai salasilah Baginda nabi Muhammad.

Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, yang mana pada tahun itu tentera bergajah Abrahah Al-Asyram telah melanggar masuk ke kota Mekah dalam merangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Ka'abah. Namun, kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Allah Ta'ala telah mengutuskan sekumpulan burung Ababil untuk menyerang dan memusnahkan tentera Abrahah yang angkuh.

Mengikut pendapat yang agak masyhur,Baginda dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 Rabi'ul Awal.

Lahirnya Baginda, bukan seperti anak2 hari ini, disambut oleh bapa, diperdengarkan azan pada telinga kanan, diperdengarkan iqomah pada telinga kiri. Baginda dilahirkan yatim tanpa bapa, Ayahanda Baginda wafat tika baginda berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya. Setelah selamat dilahirkan, Baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib yang kemudian disusukan oleh seorang wanita dari puak Sa'd Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Penyusuan ini mengikut adat resam bangsa Arab ketika itu. 

*bersambung i.Allah

Saturday, 20 April 2013

:: USUL FIQH 1 JORDAN (DALIL2 HUKUM) ::

انني عبدالله

Hukum Syariah : dinamakan juga sebagai usul2 hukum, sumber2 hukum syariah, atau dalil2 hukum syariah.

Pembahagian dalil2  :
     1  -  Pembahagian dalil kepada bahagian2 berbeza,
               i - Dari sudut persepakatan dan perbezaan
                        a. Bersepakat antara imam2 mazhab, iaitu dalil Quran dan
                            Sunnah
                        b. Bersepakat jumhur muslimin, iaitu ijmak dan qias.
                            Berbeza pandangan mengenai dalil ijmak, iaitu muktazilah
                            dan sebahagian khowarij. Berbeza pandangan pada qias,
                            iaitu Jaafariah dan Zohiriah

*bersambung

Friday, 19 April 2013

:: USUL FIQH 1 JORDAN (AHLIYAH) ::

انني عبدالله

TAARIF
Bahasa  :  Ahli yang berkaitan untuk melakukan sesuatu itu
Istilah  :  disisi usuliyyin terbahagi kepada 2 - Ahli wajib
                                                               - Ahli tunai

Ahli Wajib
Kewajipan manusia untuk melakukan hak2 yang telah disyariatkan.Kewajipan ini merupakan hutang kepada manusia untuk disempurnakan apabila ditaklifkan.

Boleh ditakrifkan bahawa asas untuk disabitkan ahli wajib kepada manusia ialah 'hidup'.Tersabit ahli wajib kepada janin dalam kandungan.Janin dalam kandungan merupakan ahli wajib naqis.Sekiranya lahir dalam keadaan hidup,maka dia dikira sebagai ahli wajib tam ataupun ahli wajib yang sempurna.

Ahli Tunai
Memperbaiki manusia kerana menuntut untuk melakukan.Oleh sebab itu setiap percakapan dan perbuatannya berturutan kesan daripada hukum syariah.

Ahli yang sempurna dan kurang sempurna :
1 - dalam keadaan janin
2 - dalam keadaan yang mampu membezakan air api,batu tanah.(mumayyiz)
3 - dalam keadaan antara mumayyiz dan baligh
4 - dalam keadaan selepas baligh



*bersambung

:: USUL FIQH 1 JORDAN (YANG DISYARIATKAN KE ATASNYA) ::

انني عبدالله

SYARAT SAH MELAKUKAN KEWAJIPAN :

1 - Seseorang itu tahu hukum secara sempurna pengetahuannya sehingga mampu menggambarkan apa yang dituntut dan sekiranya dilakukan,bertepatan dengan apa yang dituntut.Tidak sah bagi yang tidak mengetahui.Kewajipan yang datang dalam Quran adalah secara terbuka.Bukan secara terperinci.(kewajipan solat,kewajipan puasa).Hadirnya Rasulullah untuk menjelaskan kewajipan2 itu secara terperinci.

2 - Kewajipan yang diwajibkan adalah mampu dilakukan mukallaf dari segi suruhan dan larangan.
        i - tidak diwajipkan dengan perkara yang mustahil samada mustahil zat itu sendiri mahupun mustahil
            dengan selainnya.Seperti diam dan bercakap dalam satu masa.Terbang tanpa sayap.

*bersambung

:: USUL FIQH 1 JORDAN (AL-HAKIM) ::

انني عبدالله

TAARIF HUKUM : Hukum Allah yang berkait dengan perbuatan mukallaf dalam bentuk tuntutan,pilihan
                                dan wadh3an.

       Taarif ini menunujukkan bahawa terjadinya sesuatu hukum itu daripada Allah Yang Esa.Tiada hukum melainkan hukum yang ditentukan Allah,tiada syariat melainkan yang disyariatkan Allah.Berhukum dengan hukum selain daripada yang ditentukan Allah,dikira sebagai kafir,kerana tiada selain Allah yang berkuasa menerbitkan hukum [juga dikira sebagai fasiq dan zalim].

       Ijmak menegaskan bahawa Allah merupakan penentu hukum,berbeza pandangan ulamak dalam beberapa perkara :

1 - Adakah huku Allah ini tidak diketahui melainkan dengan perantaraan Rasul?dan atas dasar apakah ia
     diambil?
2 - Jika seseorang itu mampu berfikir hukum Allah dengan akalnya tanpa perantaraan Rasul,adakah ianya dikira sebagai pemikiran yang diterima daripada seorang mukallaf?

Antara pendapat2 ulamak :-

1 - [Mu'tazilah dan sebahagian Jaafariah] : Dalam perbuatan baik dan buruk,yang mana akal mampu meletakkan garis panduan mengenai perkara baik dan buruk,maka tidak memerlukan kepada perantaraan dan wahyu Rasul.

Ketika zaman sebelum diutuskan Rasulullah,manusia yang mukallaf,jika dia menganggap sesuatu itu baik dan dilakukannya,maka dikira sebagai pahala.Jika dia menganggap sesuatu itu buruk dan melakukannya,maka dikira sebagi dosa dan akan diseksa.

2 - [Asya'irah,diikuti Abi Hasan Ali B. Ismail & ulamak2 yg bersepakat,merupakan hukum jumhur usuliyyin]:
     Akal tidak mampu memikirkan sesuatu hukum itu melainkan dengan perantaraan Rasul kerana tidak semua yang manusia fikirkan baik,diwajibkan oleh Allah dan tidak semua yang manusia fikirkan buruk dilarang Allah.Kehendak Allah adalah secara mutlak dan tidak terikat dengan mana2 unsur.Terserah kepada Allah.

Ketika zaman sebelum diutuskan Rasulullah,perbuatannya tidak dikaitkan dengan hukum Allah.Maka tidak wajib keatasnya sesuatu dan tidak haram ke atasnya sesuatu.

3 - [Abi Mansor Muhammad B Muhammad al-Maturidi,sebahagian Usuliyyin,sebahagian Jaafariah] : Tidak ada hukum pada perbuatan manusia sebelum pengutusan Rasul atau sebelum penyampaian dakwah,tiada hukum,tiada kewajipan.Tiada kewjipan,tiada dosa dan pahala.

Pendapat ketiga merupakan pendapat yang paling rojih.

*bersambung

:: USUL FIQH 1 JORDAN (SAH & BATAL) ::

انني عبدالله
MAKNA SAH DAN BATAL
SAH : berturutan hukum syariah ke atas sesuatu perkara (solat yg sah mempunyai syarat dan rukunnya)
BATAL : tidak berturutan hukum2 syariah ke atas sesuatu perkara

SAH DAN BATAL DARI SUDUT HUKUM WADH3I

Sah tertakluk kepada harusnya syarak memberikan manusia mengambil manfaat terhadap sesuatu.Kalau tidak ada keharusan,maka ianya batal.Batal,syarak mengharamkan dalam mengambil manfaat terhadap sesuatu perkara.

BATAL DAN FASID (B&F)

B&F membawa maksud yang sam disisi jumhur.setiap ibadah yang dilakukan,urusniaga yang dijalankan dan akad,dikira sebagai batal atau fasid jika hanya mempunyai sebahagian rukun atau syarat.Dan tidak berturutan ke atasnya hukum syarak.

Berbeza dengan Imam Hanafi yang mengatakan bahawa :-

1 - [IBADAH] apabila gugur rukun daripada rukun2nya dan gugur syarat daripada syarat2nya : maka dikira sebagai batal atau fasid.Gugur rukun seperti solat tanpa ruku3,atau gugur syarat seperti solat tanpa wudhuk.Maka tidak terturut hukum syarak ke atas perkara2 yang batal atau fasid tadi.

2 - [MUAMALAT] akad ,urusniaga dan jualbeli : Jika gugur rukun,dikira sebagai batal.Jika sempurna rukun,tetapi gugur sebahagian syarat,maka ianya dikira sebagai fasid.Maka terturut ke atas hal itu sebahagian hukum sahaja.Nikah tanpa saksi,wajib disempurnakan mahar jika berlaku persetubuhan selepas pernikahan.Wajib 3iddah ke atas perempuan itu sekiranya diceraikan.


*4 MAZHAB IMAM
-IMAM HANAFI
-IMAM SYAFI3I
-IMAM HANBALI
-IMAM MALIKI

*bersambung

:: MISKIN ::

انني عبدالله


musafir mencari kebenran
meneliti setiap ciptaan Tuhan
mngabdikan dri pada yg mnciptakan

alangkah indah kalau setiap insan menyedari kehebatan Allah
mengesakan Dia dari setiap makhluk yang lemah

Tapi manusia mudah lupa bila diberi kesenangan..
leka dengan apa yg yang Allah kurniakan..

bertepatan dengan apa yg nabi pernah berdoa,mafhumnya :
"Ya Allah,jadikanlah aku ini miskin"

orang yg paling mudah masuk syurga adalah orang miskin kerana dy tidak dipersoalkan kemana perginya harta yang Allah titipkan.
berbeda dengan orang yg banyak harta..setiap perbelanjaannya akan dipersoalkan..

Pernah juga satu ketika Nabi meminta untuk dapat makan sehari,kemudian dilaparkan sehari..
kenapa?

apabila aku lapar,aku mengingati pencipta yang mana aku merupakan insan yang lemah.
Dan bila mana aku dikurniakan makanan,aku dapt bersyukur dengan nikmat daripada ALLLAH

Thursday, 18 April 2013

:: DOA NABI ::

انني عبدالله


"YA ALLAH,hidupkan aku sebagai orang miskin,dan matikan aku juga sebagai orang miskin,serta kumpulkan aku pada hari kiamat bersama-sama orang-orang yang miskin " (HR. al-Tirmidzi dari Anas no. 2352 dan Ibn Majah dari Abu Sa'id al-Khudri no. 4126)

:: USUL FIQH 1 JORDAN (SEBAB) ::

انني عبدالله

السبب

MAKNA BAHASA : ما يتوصل به الى مقصود ما
MAKNA ISTILAH : ما يلزم من وجوده وجود الحكم ويلزم من عدمه عدم الحكم

اقسام السبب

1 - ليس فعلا للمكلف ولا مقدورا له
2 - فعل مكلَف وعلى قدرته
    2.1 - فعلاً للمكلَف ويكون داخلاً في خطاب التكليفي ()
    2.2 - ما رتب عليه الشارع من احكام اخرى ()

وينقسم السبب ايضاً الى قسمين

1 - سبب لحكم التكليفي (bermusafir diharuskan berbuka)
2 - سبب لحكم هو اثر لفعل المكلف (waqaf,untuk menghilangkan hak pemilikan daripada pewaqaf)


Tuesday, 9 April 2013

:: TUJUH KALIMAH AGUNG ::

انني عبدالله

1. Bismillahirrahmanirrahim
2. Alhamdulillah
3. Astaghfirullah
4. InsyaAllah
5. La haula wala quwwata illa billah
6. Innalillah
7. Laa ilaha illallah

Saturday, 9 March 2013

:: BUAT PIMPINAN PERMATA 12/13 ::

انني عبدالله

Tahniah atas sumbangan kalian

Tahniah kerana telah berani menyahut seruan
Tahniah kerana berjaya memegang dan melepaskan jawatan
Tahniah kerana berjaya menjejakkan kaki ke hujung garisan





Jasa kalian,di dunia tidak diganjar

Jasa kalian,di dunia tidak berbayar


Gagah dan megah mengibar layar



Meskipun sukar,

kalian tetap teguh mengayuh dan belayar..

Sekalung penghargaan buat Presiden PERMATA 12/13 

dan seluruh pimpinan PERMATA 12/13 kerana telah banyak 

melontar idea untuk pembaharuan  dan menaikkan PERMATA=)

Semoga jasa kalian mendapat ganjaran di sisi ILAHI..

INSYAALLAH..


[6 corak pemikiran yang seharusnya ada dalam pimpinan,de bono]

Thursday, 31 January 2013

:: INSAN LYRICS – إنسان ::

انني عبدالله



ياما نفسي أعيش انسان قلبه على كفه
Oh how I wish to live like a human being who carries his heart in his hand
كل اللي بردانين ف كفوفه يتدفوا
All those feeling cold would find warmth in the palms of his hands
يضحك يضحّك خلق الله
When he laughs all of God’s creation laughs
يفرح يفرّح كله معاه
When he’s happy he makes everyone else happy
إنسان جواك وجوايا

A human being inside you and me
إنسان له حلم له غاية
A human being who has a dream and an aim
اللي معاه على طول مش ليه
He’s always giving away everything he has
ولا حتى روحه ملك إيديه
And he doesn’t even own his own spirit
جواه في قلبه ونن عينيه
Inside his heart and in the depths of his eyes
شايل أمل وشروق وحياة
He carries hope, sunrise and life
إنسان بيحب ولا يكره
A human being who loves and never hates
إنسان شايل أمل بكره
A human being who has hope for a better tomorrow
بيبان في الشدة ويطمّن
He appears in the midst of hardship and reassures others
ولا خان ولا عمره هيخوّن
Never has he betrayed nor will he ever accuse anyone of treason
كلمات: حازم ويفي
لحن: حمزة نمرة
Singer: Hamza Namira
Director: Karim Shaabana

:: SWEET GUYS ::

انني عبدالله

1 - Mu'adz bin Jabal yang menjerit dan menangis teresak2 sehingga beliau pengsan disebabkan mendapat berita tentang kematian RASULULLAH S.A.W.

2 - Rasulullah telah patah gigi dalam peperangan uhud,berita itu telah sampai kepada Awais dan Awais di rumahnya sanggup mematahkan giginya sendiri kerana ingin merasai apa yang dirasai RASULULLAH.

3 - Ada seorang pedagang minyak wangi di Madinah.Setiap kali pergi ke pasar,dia singgah dulu ke rumah RASULULLAH.Dia tunggu sampai Rasulullah keluar.Setelah RASULULLAH keluar,dia hanya mengucapkan salam kepada BAGINDA lalu menatap wajah baginda.Setelah puas menatap,dia berlalu.Suatu hari,setelah dia bertemu RASULULLAH dan dia berlalu,selepas pulang dari pasar,dia datang berjumpa RASULULLAH dan meminta izin,"aku ingin melihatmu ya RASULULLAH,kerana aku takut dan aku tidah sanggup sekiranya tidak dapat menatapmu seperti ini lagi.."

4 - Abu Ayyub Al-Anshari.Ketika RASULULLAH hijrah ke Madinah,beliau beristirehat dahulu di pinggiran kota.Menginap di rumah Abu Ayyub.Rumahnya dua tingkat,Abu Ayyub dan isteri di tingkat atas,RASULULLAH di tingkat bawah.Pada malam hari,Abu Ayyub dan isterinya tidak sanggup tidur kerana mereka takut menggerakkan tubuh mereka,semua terbujur kaku menahan diri daripada bergerak.Mereka takut kalau bergerak,debu2 daripada atas akan jatuh kepada RASULULLAH.Setelah RASULULLAH mengetahui hal itu,beliau sangat terharu lalu RASULULLAH mengajarkan Abu Ayyub sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayyub.

5 - Dalam perang Uhud,ketika kaki Rasulullah terluka,ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah,lalu memgang kaki Rasulullah dan membersihkan luka Rasulullah dengan jilatannya.Rasulullah terkejut lalu menyuruhnya melepaskan kaki Baginda,"lepaskan! lepaskan !".Lalu sahabat itu menjawab,"tidak,aku tidak akan melepaskan sehingga luka itu kering".

6 - Rasulullah sedang membariskan pasukannya kerana Rasulullah sering merapikan barisan pasukannya.Ternyata ada seorang sahabat,mungkin kerana perutnya terlalu besar,selalu perutnya itu berada di luar barisan.Kemudian Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan.Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata : "Engkau diutuskan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam,kenapa kau sakiti perutku?"Lalu Rasulullah turun dan menyerahkan kayu pemukul itu kepadanya lalu menyuruhnya untuk membalas semula sebagai qishas.Kemudian sahabat itu berkata,"Tapi engkau memukul perutku secara langsung tanpa secebis kain".Rasulullah terus membuka baju baginda untuk diqishas.Tiba2 sahabat itu terus memeluk dan mencium perut Rasulullah.Rasulullah terkejut dan bertanya :"Kenapa engkau melakukan hal yang sedemikian?".Jawab sahabat itu,"Ya Rasulullah,genderang perang sudah ditabuh,mungkin ini adalah saat terakhir aku berjumpa denganmu.Aku ingin sebelumku mati,aku sempat mencium perutmu yang mulia."

7 - Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak lagi mahu untuk melaungkan azan setelah kewafatan Rasulullah.Hal ini kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH" kerana ada perkataan Muhammad dalam kalimah itu.Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang rindu mendengar laungan azan Bilal yang merdu,dan mengingatkannya kepada ayahnya.Bilal akhirnya dengan berat hati ingin melaungkan azan.Pada waktu subuh,ketika melaungkan azan,pada kalimah 'ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH',Bilal tidak sanggup meneruskan azan dan dia berhenti,dan menangis teresak2.Dia turun dari mimbar dan meminta izin pada sayyidah Fatimah untuk tidak lagi melaungkan azan kerana tidak sanggup menyelesaikan hingga akhir.Ketika Bilal berhenti saat azan itu,seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah.

8 - Seorang budak bernama Tsauban sangat menyayangi dan hatinya selalu merindukan Rasulullah.Sehari saja tidak bertemu Nabi,rasa seperti satahun baginya tidak bertemu Rasulullah.Kalau boleh,dia ingin bersama Rasulullah setiap waktu.Kerana kalau dia tidak bertemu Rasulullah ,dia amat sedih,murung dan seringkali menangis.Suatu hari Tsauban bertemu Rasulullah dan berkata,"Ya Rasulullah,saya sebenarnya tidak sakit,saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap.Apabila sudah bertemu,barulah hatiku merasa tenang dan amat gembira.Apabila memikirkan akhirat,hati ini bertambah cemas dan takut,kalau2 diri ini tidak dapat bertemu mu lagi.Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi.Sedangkan saya belum tentu lagi.Entahkan di syurga entahkan di neraka.Kalau sedemikian rupa,tentu saya tidak dapat bertemumu lagi Ya Rasulullah."Rasulullah amat terharu mendengar rintihan Tsauban.Namun,baginda tidak dapat membuat apa2 kerana balasan syurga atau neraka bagi setiap umatnya adalah urusan Allah.Maka,setelah berlaku peristiwa itu,turunlah wahyu kepada Rasulullah yang berbunyi,"Barangsiapa yang mentaati Allah,Rasul(Nya),mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah,iaitu Nabi2,shiddiqiin,para syuhada dan oran2 yang soleh.Dan mereka itulah teman yang sebaik2nya".(QS AnNisa' : 69).Mendengar jamina itu Tsauban pun tersenyum.Hatinyanya menjadi tenang dan gembira sekali.

Popular Posts

AKHUKUM FIL ISLAM

WAN MUHAMAD SYAHMI NAQIUDDIN ANAK KELAHIRAN KELANTAN MENETAP DI PERAK SULUNG DARI ADIK BERADIK

TAABE'

Follow up me