1 - Mu'adz bin Jabal yang menjerit dan menangis teresak2 sehingga beliau pengsan disebabkan mendapat berita tentang kematian RASULULLAH S.A.W.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2kX8Q8M9OkE4zlXxsOQRtCqKQVJ39gXqJeqYW1beQcRp-NK-_SnUf1iMjpzN0qvmmQAJ5-7Dizg71QGI0bnQHRfk5tNjEY00GQBD73QxZb8f82f5JG7rek45hcgHAn0Euq4Uihvz-hpqw/s320/481033_524733077558768_1162343375_n.jpg)
3 - Ada seorang pedagang minyak wangi di Madinah.Setiap kali pergi ke pasar,dia singgah dulu ke rumah RASULULLAH.Dia tunggu sampai Rasulullah keluar.Setelah RASULULLAH keluar,dia hanya mengucapkan salam kepada BAGINDA lalu menatap wajah baginda.Setelah puas menatap,dia berlalu.Suatu hari,setelah dia bertemu RASULULLAH dan dia berlalu,selepas pulang dari pasar,dia datang berjumpa RASULULLAH dan meminta izin,"aku ingin melihatmu ya RASULULLAH,kerana aku takut dan aku tidah sanggup sekiranya tidak dapat menatapmu seperti ini lagi.."
4 - Abu Ayyub Al-Anshari.Ketika RASULULLAH hijrah ke Madinah,beliau beristirehat dahulu di pinggiran kota.Menginap di rumah Abu Ayyub.Rumahnya dua tingkat,Abu Ayyub dan isteri di tingkat atas,RASULULLAH di tingkat bawah.Pada malam hari,Abu Ayyub dan isterinya tidak sanggup tidur kerana mereka takut menggerakkan tubuh mereka,semua terbujur kaku menahan diri daripada bergerak.Mereka takut kalau bergerak,debu2 daripada atas akan jatuh kepada RASULULLAH.Setelah RASULULLAH mengetahui hal itu,beliau sangat terharu lalu RASULULLAH mengajarkan Abu Ayyub sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayyub.
5 - Dalam perang Uhud,ketika kaki Rasulullah terluka,ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah,lalu memgang kaki Rasulullah dan membersihkan luka Rasulullah dengan jilatannya.Rasulullah terkejut lalu menyuruhnya melepaskan kaki Baginda,"lepaskan! lepaskan !".Lalu sahabat itu menjawab,"tidak,aku tidak akan melepaskan sehingga luka itu kering".
6 - Rasulullah sedang membariskan pasukannya kerana Rasulullah sering merapikan barisan pasukannya.Ternyata ada seorang sahabat,mungkin kerana perutnya terlalu besar,selalu perutnya itu berada di luar barisan.Kemudian Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan.Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata : "Engkau diutuskan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam,kenapa kau sakiti perutku?"Lalu Rasulullah turun dan menyerahkan kayu pemukul itu kepadanya lalu menyuruhnya untuk membalas semula sebagai qishas.Kemudian sahabat itu berkata,"Tapi engkau memukul perutku secara langsung tanpa secebis kain".Rasulullah terus membuka baju baginda untuk diqishas.Tiba2 sahabat itu terus memeluk dan mencium perut Rasulullah.Rasulullah terkejut dan bertanya :"Kenapa engkau melakukan hal yang sedemikian?".Jawab sahabat itu,"Ya Rasulullah,genderang perang sudah ditabuh,mungkin ini adalah saat terakhir aku berjumpa denganmu.Aku ingin sebelumku mati,aku sempat mencium perutmu yang mulia."
7 - Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak lagi mahu untuk melaungkan azan setelah kewafatan Rasulullah.Hal ini kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH" kerana ada perkataan Muhammad dalam kalimah itu.Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang rindu mendengar laungan azan Bilal yang merdu,dan mengingatkannya kepada ayahnya.Bilal akhirnya dengan berat hati ingin melaungkan azan.Pada waktu subuh,ketika melaungkan azan,pada kalimah 'ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH',Bilal tidak sanggup meneruskan azan dan dia berhenti,dan menangis teresak2.Dia turun dari mimbar dan meminta izin pada sayyidah Fatimah untuk tidak lagi melaungkan azan kerana tidak sanggup menyelesaikan hingga akhir.Ketika Bilal berhenti saat azan itu,seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah.
8 - Seorang budak bernama Tsauban sangat menyayangi dan hatinya selalu merindukan Rasulullah.Sehari saja tidak bertemu Nabi,rasa seperti satahun baginya tidak bertemu Rasulullah.Kalau boleh,dia ingin bersama Rasulullah setiap waktu.Kerana kalau dia tidak bertemu Rasulullah ,dia amat sedih,murung dan seringkali menangis.Suatu hari Tsauban bertemu Rasulullah dan berkata,"Ya Rasulullah,saya sebenarnya tidak sakit,saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap.Apabila sudah bertemu,barulah hatiku merasa tenang dan amat gembira.Apabila memikirkan akhirat,hati ini bertambah cemas dan takut,kalau2 diri ini tidak dapat bertemu mu lagi.Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi.Sedangkan saya belum tentu lagi.Entahkan di syurga entahkan di neraka.Kalau sedemikian rupa,tentu saya tidak dapat bertemumu lagi Ya Rasulullah."Rasulullah amat terharu mendengar rintihan Tsauban.Namun,baginda tidak dapat membuat apa2 kerana balasan syurga atau neraka bagi setiap umatnya adalah urusan Allah.Maka,setelah berlaku peristiwa itu,turunlah wahyu kepada Rasulullah yang berbunyi,"Barangsiapa yang mentaati Allah,Rasul(Nya),mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah,iaitu Nabi2,shiddiqiin,para syuhada dan oran2 yang soleh.Dan mereka itulah teman yang sebaik2nya".(QS AnNisa' : 69).Mendengar jamina itu Tsauban pun tersenyum.Hatinyanya menjadi tenang dan gembira sekali.
No comments:
Post a Comment