Wednesday, 30 January 2013

:: KISAH RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI SEORANG RASUL DAN SUAMI ::

انني عبدالله




1 - Kalau ada pakaian yang koyak,Rasulullah akan segera menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2 - Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makana yang sudah dimasak untuk dimakan,sambil tersenyum,baginda akan menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.Kata Sayyidatina 'Aisyah,"kalau nabi ada di rumah,baginda akaan membantu urusan rumahtangga".

3 - Jika terdengar azan,baginda cepat2 berangkat ke masjid,dan cepat2 pila kembali ke rumah selepas solat.

4 - Pernah satu ketika,baginda pulang pada waktu pagi dan berasa terlalu lapar,dan baginda melihat ke dapur kalau2 ada makanan,akan tetapi dilihatnya tiada apa2.Yang mentah pun tiada kerana Saidatina 'Aisyah belum ke pasar lagi.Maka Nabi bertanya "Belum ada sarapan ya Humaira..?".Saidatina 'Aisyah menjawab dengan rasa serba salah,"belum ada apa2 lagi ya Rasulullah".Lalu Rasulullah membalas tanpa rasa kesal di wajahnya,"kalau begitu,aku puasa saja lah hari ini".

5 - Rasulullah amat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasulullah menegur,"mengapa engkau memukul isterimu?".Lantas jawab lelaki itu dalam keadaan gementar,"isteriku ini amat keras kepala!sudah dinasihati,tapi masih degil."
"Aku tidak bertanyakan alasanmu,tetapi aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak2mu?" soal Rasulullah.

6 - Pernah Baginda bersabda,"sebaik2 lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya".Prihatin,sabar dan tawadhu3nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin ummat.

7 - Pada suatu ketika,dimana baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat akan pergerakan Baginda untuk bergerak dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah2 sendi2 pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda itu langsung bertanya setelah selesai solat.

'Ya Rasulullah,kami melihat seolah2 tuan menanggung penderitaan yang amat berat,tuan sakitkah ya Rasullah?'

'Tidak wahai umar.Alhamdulillah aku sihat'

'Ya Rasulullah,kenapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah2 sendi tuan bergeselan di tubuh tuan?

'Kami yakin tuan sedang sakit..'desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.Para sahabat amat terkejut.Perut Baginda yang kempis,kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,bertujuan untuk menahan rasa lapar baginda.
'Ya Rasulullah!Adakah tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan,kami tidak akan mendapatkan untukmu Ya Rasulullah?

Lalu Baginda menjawab dengan lemah lembut,'Tidak para sahabatku.Aku tahu,apu pun kalian akan berkorban demi Rasulmu.Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti,apabila aku sebagai pemimpin ummat,menjadi beban kepada ummatnya?' Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku,agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih2 lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.

8 - Baginda pernah makan disebelah seorang tua yang dipenuhi kudis,miskin dan kotor tanpa berasa loya.

9 - Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10 - Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah S.W.T. dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah menolak sama sekali rasa ketuanan.

11 - Seolah2 anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untukknya merasa lebih dari yang lain,ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12 - Pintu Syurga telah terbuka seluas2nya untuk Baginda,tetapi Baginda masih lagi berdiri di waktu2 sepi malam hari,terus menerus beribadah hinggakan pernah Baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak2.

13 - Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh saidatina 'Aisyah,'Ya Rasulullah,bukankah engkau telah dijamin syurga?Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab Baginda dengan lunak,'Ya 'Aisyah,bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah S.A.W. bersabda,'Sampaikan pesananku walaupun sepotong ayat'

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

AKHUKUM FIL ISLAM

WAN MUHAMAD SYAHMI NAQIUDDIN ANAK KELAHIRAN KELANTAN MENETAP DI PERAK SULUNG DARI ADIK BERADIK

TAABE'

Follow up me