Friday, 18 January 2013

:: BULETIN MESIR ::

انني عبدالله



MESIR : KRISIS EKONOMI AKAN DIATASI SEGERA

Dalam satu temubual di stesen tv,Hassan MAlik,Pengerusi EBDA (Egyptian Bussiness Development Assosiation) berkata,proses ekonomi Mesir terbahagi kepada 3 pihak utama - kerajaan,sektor persendirian dan cukai,menekankan kepentingan penglibatan semua rakyat dalam pembangunan ekonomi Mesir.

"Dalam beberapa bulan lagi,seminar,syarahan dan konferens akan diadakan untuk membincangkan permasalahan dan bagaimana untuk mencapai peningkatan dan pertumbuhan ekonomi.Mesir akan mempunyai ekonomi yang kukuh,dan melangkah lebih jauh daripada krisis ekonomi sekarang,dengan faktor2 kejayaan,sumber kekayaan dan pengalaman."

"Cukai tidak dikenakan melainkan adanya dialog awam,supaya ia tidak akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.Demi keselamatan dan kestabilan,yang akan membantu pulangan yang kukuh kepada para pelabur ke Mesir,kerana mereka mempunyai kepentingan yang besar.Umumnya Mesir mempunyai satu kuasa besar untuk bertindak.Ia akan berjaya dengan usaha sama semua orang.Rakyat biasa mesti merasai kemajuan pembangunan Mesir."

Malik menekankan lagi tentang keperluan segera dan kepentingan meninggalkan konflik politik dan menyelesaikan segala tohmahan/fitnah.Beliau juga memuji sebilangan negara2 arab yang tetap mahu membantu Mesir keluar dari krisis ekonominya.

Respon beliau tentang khabar angin yang disebarkan di mrdia,mendakwa Mesir akan dijual kepada pelabur2 Arab,Malik mengesahkan semua ini adalah palsu belaka dan Mesir adalah negara besar yang tiada siapa boleh beli.

Sumber : FJPonline.com / IKRAM MESIR 2013

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

AKHUKUM FIL ISLAM

WAN MUHAMAD SYAHMI NAQIUDDIN ANAK KELAHIRAN KELANTAN MENETAP DI PERAK SULUNG DARI ADIK BERADIK

TAABE'

Follow up me