Thursday, 17 January 2013

:: BULETIN MESIR ::

انني عبدالله
      Dengan perubahan dan pembersihan yang berlaku dalam Jabatan Peguam Negara dari saki baki talibarut rejim Mubarak.Mubarak kini berhadapan sekurang-kurangnya tiga pertuduhan berat.

      Sumber akhbar "Al-Masry Al-Youm melaporkan,kes pertama, perbicaraan semula kes pembunuhan penunjuk perasaan.Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat ke atas Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negeri,Habib 'Adli.Manakala 6 bekas timbalan menteri "Adli dibebaskan termasuk dua anak Mubarak(Jamal dan 'Ala')

      Kes kedua,Mubarak dihadapkan ke mahkamah kerana menyeleweng harta rakyat dan duit negara.Kekayaan yang dimilikinya,isterinya dan anak2nya bukanlah dari hasil titik peluh mereka akan tetapi daripada kekayaan yang di'rampas dari dalam mulut' rakyat.

      Tuduhan seterusnya ialah skandal "Yayasan Al-Ahram".Yayasan Al-Ahram merupakan sebuah syarikat milik kerajaan antaranya memiliki akhbar rasmi harian "Al-Ahram".Bagaimana dalam tempoh antara 2006-2011,cara mengampu yang dilakukan oleh Yayasan Al-Ahram terhadap Mubarak dan 22 orang pembesarnya amat mengejutkan.Sebagai contoh,'hadiah' Yayasan Al-Ahram kepada pembesar Mubarak,Dr.Ahmed Nazhif,Perdana Menteri ketika itu.Pada tahun 2006,sebuah jam tangan emas bernilai LE 130,000 dihadiahkan untuk Nazhif.Nazhif menerima hadiah jam tangan tidak kurang daripada LE 100,000 termasuk beg kulit,pakaian,perfume dan pen sejak tahun 2006-2011.Itu tidak termasuk hadiah untuk 22 menteri yang lain.

Jika sabit kesalahan,Mubarak dan menteri2nya bakal ke tali gantung.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

AKHUKUM FIL ISLAM

WAN MUHAMAD SYAHMI NAQIUDDIN ANAK KELAHIRAN KELANTAN MENETAP DI PERAK SULUNG DARI ADIK BERADIK

TAABE'

Follow up me