Sabtu,26 Januari : Mahkamah akan menjatuhkan hukuman dalam kes pembunuhan 70 penyokong Kelab Bolasepak "Al-Ahly".Perbicaraan memakan masa hampir setahun.
Dalam kejadian berdarah pada 2 Februari 2012 ketika sedang berlangsung perlawanan bolasepak di Stadium Port Said antara pasukan Ahly dan El-Masry,kumpulan samseng yang diupah telah menyerang pasukan penyokong dan mengakibatkan kematian seramai 70 orang,kebanyakannya dari kelab Ahly.Siasatan mendpati ia merupakan rancangan jahat oleh bekas pemimpin parti Mubarak NDP bahagian Port Said.Malangnya tiada dikalangan perancang tersebut dihadapkan ke muka pengadilan.
Pasukan Kelab Bolasepak Mesir menyeru rakyat berkumpul di mahkamah pada 26 Januari untuk menantikan keputusan.Keluarga mangsa yang dibunuh mahu tertudauh dihukum mati.Jika tidak,'jalanraya' sebagai penyelesaian.
Mahkamah boleh menangguhkan keputusan,akan tetapi,keluarga mangsa akan tidak berpuas hati.
Situasi yang bakal dihadapi ialah : Pertama-Mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh dan inilah yang dituntut.Kedua-Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara beberapa tahun atau membebaskan tertuduh atau menangguhkan keputusan dan semua ini tidak dipersetujui oleh keluarga mangsa.
SUMBER : FACEBOOK
AKAL : INOVASI IBADAT ATAU INOVASI MUAMALAT
10 years ago
No comments:
Post a Comment