Thursday, 31 January 2013

:: INSAN LYRICS – إنسان ::

انني عبدالله



ياما نفسي أعيش انسان قلبه على كفه
Oh how I wish to live like a human being who carries his heart in his hand
كل اللي بردانين ف كفوفه يتدفوا
All those feeling cold would find warmth in the palms of his hands
يضحك يضحّك خلق الله
When he laughs all of God’s creation laughs
يفرح يفرّح كله معاه
When he’s happy he makes everyone else happy
إنسان جواك وجوايا

A human being inside you and me
إنسان له حلم له غاية
A human being who has a dream and an aim
اللي معاه على طول مش ليه
He’s always giving away everything he has
ولا حتى روحه ملك إيديه
And he doesn’t even own his own spirit
جواه في قلبه ونن عينيه
Inside his heart and in the depths of his eyes
شايل أمل وشروق وحياة
He carries hope, sunrise and life
إنسان بيحب ولا يكره
A human being who loves and never hates
إنسان شايل أمل بكره
A human being who has hope for a better tomorrow
بيبان في الشدة ويطمّن
He appears in the midst of hardship and reassures others
ولا خان ولا عمره هيخوّن
Never has he betrayed nor will he ever accuse anyone of treason
كلمات: حازم ويفي
لحن: حمزة نمرة
Singer: Hamza Namira
Director: Karim Shaabana

:: SWEET GUYS ::

انني عبدالله

1 - Mu'adz bin Jabal yang menjerit dan menangis teresak2 sehingga beliau pengsan disebabkan mendapat berita tentang kematian RASULULLAH S.A.W.

2 - Rasulullah telah patah gigi dalam peperangan uhud,berita itu telah sampai kepada Awais dan Awais di rumahnya sanggup mematahkan giginya sendiri kerana ingin merasai apa yang dirasai RASULULLAH.

3 - Ada seorang pedagang minyak wangi di Madinah.Setiap kali pergi ke pasar,dia singgah dulu ke rumah RASULULLAH.Dia tunggu sampai Rasulullah keluar.Setelah RASULULLAH keluar,dia hanya mengucapkan salam kepada BAGINDA lalu menatap wajah baginda.Setelah puas menatap,dia berlalu.Suatu hari,setelah dia bertemu RASULULLAH dan dia berlalu,selepas pulang dari pasar,dia datang berjumpa RASULULLAH dan meminta izin,"aku ingin melihatmu ya RASULULLAH,kerana aku takut dan aku tidah sanggup sekiranya tidak dapat menatapmu seperti ini lagi.."

4 - Abu Ayyub Al-Anshari.Ketika RASULULLAH hijrah ke Madinah,beliau beristirehat dahulu di pinggiran kota.Menginap di rumah Abu Ayyub.Rumahnya dua tingkat,Abu Ayyub dan isteri di tingkat atas,RASULULLAH di tingkat bawah.Pada malam hari,Abu Ayyub dan isterinya tidak sanggup tidur kerana mereka takut menggerakkan tubuh mereka,semua terbujur kaku menahan diri daripada bergerak.Mereka takut kalau bergerak,debu2 daripada atas akan jatuh kepada RASULULLAH.Setelah RASULULLAH mengetahui hal itu,beliau sangat terharu lalu RASULULLAH mengajarkan Abu Ayyub sebuah doa sebagai penghargaan beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayyub.

5 - Dalam perang Uhud,ketika kaki Rasulullah terluka,ada seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah,lalu memgang kaki Rasulullah dan membersihkan luka Rasulullah dengan jilatannya.Rasulullah terkejut lalu menyuruhnya melepaskan kaki Baginda,"lepaskan! lepaskan !".Lalu sahabat itu menjawab,"tidak,aku tidak akan melepaskan sehingga luka itu kering".

6 - Rasulullah sedang membariskan pasukannya kerana Rasulullah sering merapikan barisan pasukannya.Ternyata ada seorang sahabat,mungkin kerana perutnya terlalu besar,selalu perutnya itu berada di luar barisan.Kemudian Rasulullah datang dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan.Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata : "Engkau diutuskan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam,kenapa kau sakiti perutku?"Lalu Rasulullah turun dan menyerahkan kayu pemukul itu kepadanya lalu menyuruhnya untuk membalas semula sebagai qishas.Kemudian sahabat itu berkata,"Tapi engkau memukul perutku secara langsung tanpa secebis kain".Rasulullah terus membuka baju baginda untuk diqishas.Tiba2 sahabat itu terus memeluk dan mencium perut Rasulullah.Rasulullah terkejut dan bertanya :"Kenapa engkau melakukan hal yang sedemikian?".Jawab sahabat itu,"Ya Rasulullah,genderang perang sudah ditabuh,mungkin ini adalah saat terakhir aku berjumpa denganmu.Aku ingin sebelumku mati,aku sempat mencium perutmu yang mulia."

7 - Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak lagi mahu untuk melaungkan azan setelah kewafatan Rasulullah.Hal ini kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH" kerana ada perkataan Muhammad dalam kalimah itu.Tapi kerana desakan Sayyidah Fatimah yang rindu mendengar laungan azan Bilal yang merdu,dan mengingatkannya kepada ayahnya.Bilal akhirnya dengan berat hati ingin melaungkan azan.Pada waktu subuh,ketika melaungkan azan,pada kalimah 'ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH',Bilal tidak sanggup meneruskan azan dan dia berhenti,dan menangis teresak2.Dia turun dari mimbar dan meminta izin pada sayyidah Fatimah untuk tidak lagi melaungkan azan kerana tidak sanggup menyelesaikan hingga akhir.Ketika Bilal berhenti saat azan itu,seluruh Madinah bergoncang kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah.

8 - Seorang budak bernama Tsauban sangat menyayangi dan hatinya selalu merindukan Rasulullah.Sehari saja tidak bertemu Nabi,rasa seperti satahun baginya tidak bertemu Rasulullah.Kalau boleh,dia ingin bersama Rasulullah setiap waktu.Kerana kalau dia tidak bertemu Rasulullah ,dia amat sedih,murung dan seringkali menangis.Suatu hari Tsauban bertemu Rasulullah dan berkata,"Ya Rasulullah,saya sebenarnya tidak sakit,saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap.Apabila sudah bertemu,barulah hatiku merasa tenang dan amat gembira.Apabila memikirkan akhirat,hati ini bertambah cemas dan takut,kalau2 diri ini tidak dapat bertemu mu lagi.Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi.Sedangkan saya belum tentu lagi.Entahkan di syurga entahkan di neraka.Kalau sedemikian rupa,tentu saya tidak dapat bertemumu lagi Ya Rasulullah."Rasulullah amat terharu mendengar rintihan Tsauban.Namun,baginda tidak dapat membuat apa2 kerana balasan syurga atau neraka bagi setiap umatnya adalah urusan Allah.Maka,setelah berlaku peristiwa itu,turunlah wahyu kepada Rasulullah yang berbunyi,"Barangsiapa yang mentaati Allah,Rasul(Nya),mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah,iaitu Nabi2,shiddiqiin,para syuhada dan oran2 yang soleh.Dan mereka itulah teman yang sebaik2nya".(QS AnNisa' : 69).Mendengar jamina itu Tsauban pun tersenyum.Hatinyanya menjadi tenang dan gembira sekali.

Wednesday, 30 January 2013

:: KISAH RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI SEORANG RASUL DAN SUAMI ::

انني عبدالله




1 - Kalau ada pakaian yang koyak,Rasulullah akan segera menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2 - Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makana yang sudah dimasak untuk dimakan,sambil tersenyum,baginda akan menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.Kata Sayyidatina 'Aisyah,"kalau nabi ada di rumah,baginda akaan membantu urusan rumahtangga".

3 - Jika terdengar azan,baginda cepat2 berangkat ke masjid,dan cepat2 pila kembali ke rumah selepas solat.

4 - Pernah satu ketika,baginda pulang pada waktu pagi dan berasa terlalu lapar,dan baginda melihat ke dapur kalau2 ada makanan,akan tetapi dilihatnya tiada apa2.Yang mentah pun tiada kerana Saidatina 'Aisyah belum ke pasar lagi.Maka Nabi bertanya "Belum ada sarapan ya Humaira..?".Saidatina 'Aisyah menjawab dengan rasa serba salah,"belum ada apa2 lagi ya Rasulullah".Lalu Rasulullah membalas tanpa rasa kesal di wajahnya,"kalau begitu,aku puasa saja lah hari ini".

5 - Rasulullah amat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasulullah menegur,"mengapa engkau memukul isterimu?".Lantas jawab lelaki itu dalam keadaan gementar,"isteriku ini amat keras kepala!sudah dinasihati,tapi masih degil."
"Aku tidak bertanyakan alasanmu,tetapi aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak2mu?" soal Rasulullah.

6 - Pernah Baginda bersabda,"sebaik2 lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya".Prihatin,sabar dan tawadhu3nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin ummat.

7 - Pada suatu ketika,dimana baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat akan pergerakan Baginda untuk bergerak dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah2 sendi2 pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda itu langsung bertanya setelah selesai solat.

'Ya Rasulullah,kami melihat seolah2 tuan menanggung penderitaan yang amat berat,tuan sakitkah ya Rasullah?'

'Tidak wahai umar.Alhamdulillah aku sihat'

'Ya Rasulullah,kenapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah2 sendi tuan bergeselan di tubuh tuan?

'Kami yakin tuan sedang sakit..'desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.Para sahabat amat terkejut.Perut Baginda yang kempis,kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,bertujuan untuk menahan rasa lapar baginda.
'Ya Rasulullah!Adakah tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan,kami tidak akan mendapatkan untukmu Ya Rasulullah?

Lalu Baginda menjawab dengan lemah lembut,'Tidak para sahabatku.Aku tahu,apu pun kalian akan berkorban demi Rasulmu.Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti,apabila aku sebagai pemimpin ummat,menjadi beban kepada ummatnya?' Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku,agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih2 lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.

8 - Baginda pernah makan disebelah seorang tua yang dipenuhi kudis,miskin dan kotor tanpa berasa loya.

9 - Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10 - Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah S.W.T. dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah menolak sama sekali rasa ketuanan.

11 - Seolah2 anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untukknya merasa lebih dari yang lain,ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12 - Pintu Syurga telah terbuka seluas2nya untuk Baginda,tetapi Baginda masih lagi berdiri di waktu2 sepi malam hari,terus menerus beribadah hinggakan pernah Baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak2.

13 - Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh saidatina 'Aisyah,'Ya Rasulullah,bukankah engkau telah dijamin syurga?Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab Baginda dengan lunak,'Ya 'Aisyah,bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah S.A.W. bersabda,'Sampaikan pesananku walaupun sepotong ayat'

Sunday, 27 January 2013

:: KONSEP 5K SEBELUM KAWEN ::

انني عبدالله

Konsep 5K adalah cetusan dari saranan Rasulullah S.A.W. dalam memilih pasangan hidup yang Islami :

1 - Kenal : Rasulullah syorkan kepada mana-mana pasangan yang nak berkahwin,kenal dulu siapa bakal suami/isterinya.Sekurang-kurangnya kena tengok dulu mukanta.Kenali dulu samada dia seorang yang mengamalkan 'ISLAM IS THE WAY OF LIFE'..'Kenal' mestilah dengan saluran yang betul.Samada melalui
mahramnya atau wakilnya.Kenal bukan sampai ber'couple'.

2 - Kelas : Rasulullah mengesyorkan kepada umat Islam untuk memilih kelas keturunan yang baik agar mendapat keturunan,zuriat yang baik.Bukan memilih daripada penzina-penzina yang enggan bertaubat.

3 - Kufu : Rasulullah juga menggalakkan kita memilih daripada kalangan yang sekufu dengan diri dan keluarga kita.Contohnya jika kita daripada kalangan orang yang biasa-biasa,janganlah kita memilih untuk berkahwin dengan anak raja.Jangan sampai menyusahkan pihak atau ahli keluarga kita untuk mengeluarkan kos yang tinggi untuk majlis perkahwinan kita.

4 - Kasih : Bila dah kenal orangnya,tahu profilenya,tahu keluarganya,keluarga kita boleh terima-keluarga dia boleh terima,elemen yang seterusnya perlu ada ialah berkenankah kita pada bakal pasangan kita itu.Jika dah timbul berkenan maka hadirlah kasih.Tanpa kasih,tidak akan wujudnya sesebuah keluarga.Kasih bukan bermakna ber'couple' dulu,tapi kasih lebih kepada berkenan.

5 - Kahwin : Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua belah pihak dan keluarga,maka kahwinlah kamu=)

:: BULETIN MESIR ::

انني عبدالله


Kes pembunuhan 74 penyokong pasukan bolasepak Al-Ahly : Mahkamah Jenayah Kaherah memindahkan fail 21 orang tertuduh kepada Jabatan Mufti Mesir bagi meminta pandangan Mufti Mesir dan menetapkan 9 Mac depan untuk hukuman muktamad.

Televisyen Mesir : Kekecohan tercetus di jalan di wilayah Port Said sejurus keputusan mahkamah sebentar tadi.Ratusan lain berkumpul di hadapan Penjara Umum Port Said dan cuba mencerobohnya.

C&C

Saturday, 26 January 2013

:: DOSA ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT ::


انني عبدالله 

Orang yang meninggalkan solat,lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 naskah Al-Quran,membunuh 70 Nabi dan bersetubuh debgan ibunya di dalam Ka'bah.Dalam hadis yang lain menyebut bahawa orang yang menangguhkan solat sehingga habis waktu,kemudian ia mengqadakannya,maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan dengan lapan puluh tahun.Satu tahun bersamaan 360 hari dunia.1 hari di neraka bersamaan seribu tahun dunia.

:: BULETIN MESIR ::

Sabtu,26 Januari : Mahkamah akan menjatuhkan hukuman dalam kes pembunuhan 70 penyokong Kelab Bolasepak "Al-Ahly".Perbicaraan memakan masa hampir setahun.

Dalam kejadian berdarah pada 2 Februari 2012 ketika sedang berlangsung perlawanan bolasepak di Stadium Port Said antara pasukan Ahly dan El-Masry,kumpulan samseng yang diupah telah menyerang pasukan penyokong dan mengakibatkan kematian seramai 70 orang,kebanyakannya dari kelab Ahly.Siasatan mendpati ia merupakan rancangan jahat oleh bekas pemimpin parti Mubarak NDP bahagian Port Said.Malangnya tiada dikalangan perancang tersebut dihadapkan ke muka pengadilan.

Pasukan Kelab Bolasepak Mesir menyeru rakyat berkumpul di mahkamah pada 26 Januari untuk menantikan keputusan.Keluarga mangsa yang dibunuh mahu tertudauh dihukum mati.Jika tidak,'jalanraya' sebagai penyelesaian.

Mahkamah boleh menangguhkan keputusan,akan tetapi,keluarga mangsa akan tidak berpuas hati.

Situasi yang bakal dihadapi ialah : Pertama-Mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh dan inilah yang dituntut.Kedua-Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara beberapa tahun atau membebaskan tertuduh atau menangguhkan keputusan dan semua ini tidak dipersetujui oleh keluarga mangsa.

SUMBER : FACEBOOK

Thursday, 24 January 2013

:: BULETIN PALESTIN ::

Perdana Menteri Israel : Benjamin Netanyahu sah memegang jawatan yang disandangnya selepas keputusan pilihan raya diumumkan.




Reaksi HAMAS : Kewajipan rakyat Palestin untuk bersatu walau siapa jua yang menerajui pucuk pimpinan dan kabinet Israel akan datang.

Tuesday, 22 January 2013

:: BERMUSAFIR BERKELANA MENGENAL PENCIPTA ::

انني عبدالله


Berkelana mencari kebenaran
meneliti setiap ciptaan Tuhan
mengabdikan diri pada yang mnciptakan

alangkah indah kalau setiap insan menyedari kehebatan Allah
mengesakan Dia berbanding makhluk yang lemah

Tapi manusia mudah lupa tatkala diberi kesenangan..
leka dengan kurniaan

bertepatan dengan apa yg nabi pernah minta
"Ya Allah,jadikanlah aku ini miskin"

orang yg paling mudah masuk syurga adalah orang miskin kerana dia tidak dipersoalkan kemana perginya harta yang Allah titipkan

berbeda dengan orang yg banyak harta..setiap perbelanjaannya akan dipersoalkan..

Pernah juga satu ketika Nabi meminta untuk dapat makan sehari,kemudian dilaparkan sehari..
kenapa?

"YA ALLAH,hidupkan aku sebagai orang miskin,dan matikan aku juga sebagai orang miskin,serta kumpulkan aku pada hari kiamat bersama-sama orang-orang yang miskin " (HR. al-Tirmidzi dari Anas no. 2352 dan Ibn Majah dari Abu Sa'id al-Khudri no. 4126)

apabila aku lapar,aku mengingati pencipta yang mana aku merupakan insan yang lemah.
Dan bila mana aku dikurniakan makanan,aku dapat bersyukur dengan nikmat daripada ALLLAH


Friday, 18 January 2013

:: KHALIFAH UMAR ABD AZIZ ::


انني عبدالله

        Khalifah Umar Abd Al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah,beliau seakan tergamam dan begitu hiba.Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik,mereka berbisik bertanya anaknya,mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai.

Kata anaknya : "Ayahku sejak dilantik,beliau terus bersendirian bersolat dan menangis.Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya.Apabila ditanya,dia berkata : "Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan Muhammad ini yang berbagai bangsa.Maka aku terfikir tentang nasib orang yang fakir,orang yang lapar,orang yang sakit lagi menderita,orang biasa yang susah,orang dizalimi lagi dipaksa,tawanan perang yang jauh,orang tua yang uzur,orang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan umpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara.Aku tahu Allah akan menyoal aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak.Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya,lantaran itu airmataku mengalir"-[sumber : Mahmud Al-Baji,Muthul 'Ulya Min Qada Al-Islam,144]

*CP

:: BULETIN MESIR ::

انني عبدالله

Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP),Dr.Mohammad Sa'ad El-Katatni berucap di Perkhemahan FJP wilayah Qalyubiyah.

"Tiada parti seumpama FJP yang sanggup mempertahankan kelayakan Presiden yang sah di sisi undang2 yang dipilih oleh rakyat hingga mengorbankan 10 pemuda mereka dalam "Peristiwa Istana Ittihadiyah".

FJP berhadapan dengan cabaran besar dalam Pilihanraya Parlimen akan datang iaitu bagi memperolehi majoriti kerusi dalam Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan berdasarkan Perlembagaan baru yang dipersetujui rakyat tahun lepas".

Menurut Katatni,keahlian FJP telah mencegah angka 400,000 orang termasuk warga Kristian dan daripadanya,hanya 100,00 adalah anggota Ikhwan Muslimin.

:: BULETIN MESIR ::

انني عبدالله



MESIR : KRISIS EKONOMI AKAN DIATASI SEGERA

Dalam satu temubual di stesen tv,Hassan MAlik,Pengerusi EBDA (Egyptian Bussiness Development Assosiation) berkata,proses ekonomi Mesir terbahagi kepada 3 pihak utama - kerajaan,sektor persendirian dan cukai,menekankan kepentingan penglibatan semua rakyat dalam pembangunan ekonomi Mesir.

"Dalam beberapa bulan lagi,seminar,syarahan dan konferens akan diadakan untuk membincangkan permasalahan dan bagaimana untuk mencapai peningkatan dan pertumbuhan ekonomi.Mesir akan mempunyai ekonomi yang kukuh,dan melangkah lebih jauh daripada krisis ekonomi sekarang,dengan faktor2 kejayaan,sumber kekayaan dan pengalaman."

"Cukai tidak dikenakan melainkan adanya dialog awam,supaya ia tidak akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.Demi keselamatan dan kestabilan,yang akan membantu pulangan yang kukuh kepada para pelabur ke Mesir,kerana mereka mempunyai kepentingan yang besar.Umumnya Mesir mempunyai satu kuasa besar untuk bertindak.Ia akan berjaya dengan usaha sama semua orang.Rakyat biasa mesti merasai kemajuan pembangunan Mesir."

Malik menekankan lagi tentang keperluan segera dan kepentingan meninggalkan konflik politik dan menyelesaikan segala tohmahan/fitnah.Beliau juga memuji sebilangan negara2 arab yang tetap mahu membantu Mesir keluar dari krisis ekonominya.

Respon beliau tentang khabar angin yang disebarkan di mrdia,mendakwa Mesir akan dijual kepada pelabur2 Arab,Malik mengesahkan semua ini adalah palsu belaka dan Mesir adalah negara besar yang tiada siapa boleh beli.

Sumber : FJPonline.com / IKRAM MESIR 2013

Thursday, 17 January 2013

:: MEMILIH YANG TERPILIH ::

انني عبدالله

:: CINTA PENCIPTA CINTA ::

انني عبدالله

:: SABAR ITU INDAH ::

انني عبدالله

:: SOAL JODOH?BIAR DIA YANG MENENTUKAN ::

انني عبدالله

Jodoh..

Saban hari,saban minggu,bulan,tahun..tak habis2 bincang pasal jodoh..

Jodoh la,kawen la,ape la..kalau kat skolah,kaple/couple..macam2..

Perbincangan yang sering dibualkan.kenape?mesti ade sebabnye kan..

Suka sy rungkai persoalan di atas dengan sepotong ayat dari KALAMULLAH :

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Ape nak kecoh?betul x?mungkin ade yg kate,buat ape nak penat2 cari..Allah dah tetapkan..sampai mase nanti,ade la..

ade jgak yg kate..kalau xcari,mane nak jumpe..

Pada pandangan sy,insan yg kerdil ini,memang benar jodoh ini milik Allah,memang benar jodoh ini kite sendiri yg perlu cari.

Akan tetapi,bila perlu kite cari?bila pula Allah akan beri??

Manusia yg Allah ciptakan,berbeza2..Ada yg bijak,ada yg kurang bijak,ada yg rajin,ada yg malas,ada yg tinggi,ada yg rendah,ada lebihnya,ada kurangnya,ada yg jodohnya awal,ada yg jodohnya lambat.Allah dah tetapkan sebenarnya..

Cuma pada kita,jangan terlalu gelojoh untuk mendapatkan jodoh.Andai kite nak kawen awal,kite cube dulu.Kalau usaha kite itu ditolak,bererti jodoh kite mungkin bukan pada waktu ini.sabar dengan ujian,tabah dengan dugaan=)

Bagi yg diterima,teruskan perjuangan membela ummah.Melayari bahtera perkahwinan.

Bagi kite yg sudah berjaye bertemu jodoh pada awal usia,jangan dinilai ke'sweet'an saje dalam berumah tangge.Sedangkan lidah sendiri lagi tergigit,inikan pula lidah isteri..

Kalau 'couple,boleh lagi nak break,kalau nikah,xkan nak cerai??

Xsemudah tu..sebab tu lah sebelum melayari bahtera perkahwinan,persiapkan diri dari segi mental dan fizikal.bagi lelaki,anda perlu ingat,terimenye nikah bererti,ANDA MENERIMA MASALAH..bagi perempuan,anda perlu ingat,nikahnye anda bererti,ANDA MENYERAHKAN SEGALA2NYA KEPADA SUAMI(selagi dalam syarak)..

Kesimpulannya,selamilah dahulu sesuatu hal itu sebelum mendalaminya..

:: ERTI SAHABAT ::

 انني عبدالله

:: UMUR BUKAN PENGHALANG ::

انني عبدالله

Umur itu hanya sekadar angka
Usah dijadikan penghalang buat kita
dalam melayari sebuah bahtera

Nilai kematangan seseorang
bukan terletak pada pertambahan usia
tetapi diukur berdasarkan kepada
tahap pemikiran,pegangan agama &
tingkah lakunya..

:: AHWAZ,, IRAN ::



AHWAZ : KOTA TALI GANTUNG



              Kota-kota indah yang mengalir di bawahnya anak2 sungai.Bumi lahirnya ulama'2 besar umat islam seperti Imam Sibawaih dan ramai lagi.

              Tetapi kini kehidupan umat Islam di kota ini semenjak tahun 1925 dizalimi ibarat rakyat Palestin yang ditindas Zionis.Namun kisah keperitan kehidupan mereka ini sengaja dibisukan dunia.

              Tanah Arab menyaksikan rakyat tertindas di Mesir,Tunisia,Yaman dan Libya bangkit dan berjaya menggoyahkan pimpinan zalim serta menjatuhkan pemerintah despotik negara mereka setelah dizalimi berpuluh-puluh tahun.

              Kini kebangkitan itu sedang berlaku di Iraq menjatuhkan rejim Maliki dan di Syria sedang menjatuhkan Bashar. Namun,kebangkitan umat Islam Sunni di Ahwaz,Iran dibisukan setelah mereka dizalimi berpuluh2 tahun.

              Jika saudara kita di Palestin telah dizalimi oleh Zionis semenjak tahun 1967,umat Islam di Ahwaz telah dizalimi oleh rejim Iran semenjak 1925 lagi! Iaitu 42 tahun lebih awal dari penjajahan Zionis ke atas Palestin.

             Kota yang pernah mashur dengan nama KOTA DI ATAS SUNGAI ketika pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyah yang melahirkan ribuan ulama' ini,kini dikenali dengan KOTA TALI GANTUNG.



Hakikatnya,pemerintahan zalim selama2nya tidak ada tempat di dunia ini..

:: BULETIN MESIR ::

انني عبدالله
      Dengan perubahan dan pembersihan yang berlaku dalam Jabatan Peguam Negara dari saki baki talibarut rejim Mubarak.Mubarak kini berhadapan sekurang-kurangnya tiga pertuduhan berat.

      Sumber akhbar "Al-Masry Al-Youm melaporkan,kes pertama, perbicaraan semula kes pembunuhan penunjuk perasaan.Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat ke atas Mubarak dan bekas Menteri Dalam Negeri,Habib 'Adli.Manakala 6 bekas timbalan menteri "Adli dibebaskan termasuk dua anak Mubarak(Jamal dan 'Ala')

      Kes kedua,Mubarak dihadapkan ke mahkamah kerana menyeleweng harta rakyat dan duit negara.Kekayaan yang dimilikinya,isterinya dan anak2nya bukanlah dari hasil titik peluh mereka akan tetapi daripada kekayaan yang di'rampas dari dalam mulut' rakyat.

      Tuduhan seterusnya ialah skandal "Yayasan Al-Ahram".Yayasan Al-Ahram merupakan sebuah syarikat milik kerajaan antaranya memiliki akhbar rasmi harian "Al-Ahram".Bagaimana dalam tempoh antara 2006-2011,cara mengampu yang dilakukan oleh Yayasan Al-Ahram terhadap Mubarak dan 22 orang pembesarnya amat mengejutkan.Sebagai contoh,'hadiah' Yayasan Al-Ahram kepada pembesar Mubarak,Dr.Ahmed Nazhif,Perdana Menteri ketika itu.Pada tahun 2006,sebuah jam tangan emas bernilai LE 130,000 dihadiahkan untuk Nazhif.Nazhif menerima hadiah jam tangan tidak kurang daripada LE 100,000 termasuk beg kulit,pakaian,perfume dan pen sejak tahun 2006-2011.Itu tidak termasuk hadiah untuk 22 menteri yang lain.

Jika sabit kesalahan,Mubarak dan menteri2nya bakal ke tali gantung.

:: BULETIN MESIR ::

انني عبدالله

             Menteri Pengangkutan Mesir, Hatim Abdul Latif : Punca utama kejadian kereta api di Badrasyin,wilayah Giza yang berlaku pada 15 Januari lalu ialah kurang penyelenggaraan dan keselamatan bagi kereta api di negara itu selain mengakui,80% daripada 3,300 buah kereta api yang dimiliki negara sudah melewati tempoh yang sepatutnya.

             Kementerian memerlukan LE50 billion bagi kerja menyelenggara landasan dan meningkatkan mutu perkhidmatan di seluruh negara.Ia menjadi matlamat beliau selaku menteri yang baru dilantik awal Januari ini.

             Menjelang subuh januari lalu,sebuah gerabak kereta api yang membawa sekumpulan askar pelatih terpisah dari kereta api setibanya di stesen Badrisyin sebelum tergelincir dan terbalik.Kejadian ini meragut 19 nyawa.

Popular Posts

AKHUKUM FIL ISLAM

WAN MUHAMAD SYAHMI NAQIUDDIN ANAK KELAHIRAN KELANTAN MENETAP DI PERAK SULUNG DARI ADIK BERADIK

TAABE'

Follow up me